Dari pagi sampai ke petang hari Sabtu lepas saya merayau tengok rumah untuk dilelong. Bermula dari Kajang --> Semenyih --> Nilai --> Ampang --> Rawang. Penat tapi berbaloi.
Fokus kali ini lebih ke rumah landed. Nak pegang sekejap (disewakan sekurang-kurangnya 5 tahun) lepas tu baru fikir sama ada nak terus sewa atau jual.
Ada rumah yang masih didiami pemilik rumah (kalau keaadan macam ni saya tak akan masuk bid...tak sampai hati dan juga tak nak pening kepala dikemudian hari).
Ada rumah yang kosong..tapi tengah buat renovation (mungkin pemilik asal dah jual pada orang lain).
Ada rumah yang memang kosong dan dah lusuh. Kelihatan rumah dah lama ditinggalkan (kalau macam ni baru saya akan buat semakan dan pengiraan lanjut sama ada nak masuk bid atau tak).
Semoga usaha ini memberi hasil yang diharapkan. Insyaallah.
Taman Wawasan - Hulu Langat
Taman Wawasan, satu lagi projek perumahan baru dan telah dibuka untuk tempahan. Terletak di bukit Ampang (kawasan Hulu Langat).
Tapak projek ni terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Desa Saujana yang pernah saya siarkan dalam blog ni pada tahun 2012 (sila klik sini).
Maklumat berkaitan:
* Taman Wawasan (Batu 14, Hulu Langat)
* Rumah teres 2 tingkat (30 unit sahaja)
* Saiz bermula dari 20 x 71.5 hingga 20 x 122 kaki
* Harga bermula dari RM475,000-RM750,000 (tak ada diskaun)
* Tarikh jangka siap: Oktober 2015
* Hakmilik kekal dan Rezab Melayu
* Kos Guaman ditanggung oleh Pembeli
Nama Pemaju: Cergas Puri Sdn Bhd
No. Telefon: 03-3344 9332, 016-348 8300, 012-232 7296
Berdasarkan pelan unit pihak pemaju, setakat 13/04/14 hampir separuh daripada keseluruhan 30 unit telah habis ditempah.

Lokasi Projek |
Berdasarkan pelan unit pihak pemaju, setakat 13/04/14 hampir separuh daripada keseluruhan 30 unit telah habis ditempah.
Tapak projek @ 13/04/14 |
Selesai satu urusan
Selepas sain SPA hujung bulan October 2013, urusan jual apartment di Batu Caves akhirnya selesai. Dah dapat cek untuk baki bayaran pada awal bulan April 2014. Semua dalam tempoh kurang lebih 5 bulan.
Bertuah buyer sebab dapat kitchen cabinet yang belum pernah digunakan. Agen yang berurusan dengan saya bagus...sekali mintak, terus tolak 1% dari sales komisen. Win-win situation. Lawyer juga sama, takde masalah dari segi kerja dan senang nak berhubung. Jika ada rezeki di masa hadapan, mungkin saya akan guna khidmat mereka lagi.
Sekarang..tengah fikir rancangan pelaburan seterusnya. Hartanah?..Kaunter saham/IPO?..simpan TH?..
Blok Semarak |
Ambil gambar kunci sebelum serah kat agen |
Bertuah buyer sebab dapat kitchen cabinet yang belum pernah digunakan. Agen yang berurusan dengan saya bagus...sekali mintak, terus tolak 1% dari sales komisen. Win-win situation. Lawyer juga sama, takde masalah dari segi kerja dan senang nak berhubung. Jika ada rezeki di masa hadapan, mungkin saya akan guna khidmat mereka lagi.
Sekarang..tengah fikir rancangan pelaburan seterusnya. Hartanah?..Kaunter saham/IPO?..simpan TH?..
Pengeluaran KWSP untuk membeli rumah
Pencarum KWSP boleh guna akaun 2 untuk biayai pembelian rumah.
Tapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
1. Ada baki sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2
2. Buat pinjaman dari institusi yang dibenarkan oleh KWSP (cth bank, koperasi, etc.)
3. Tarikh perjanjian jual beli (SPA) rumah tak lebih dari 3 tahun dari tarikh permohonan ke KWSP
4. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran perumahan ATAU ahli telah buat pengeluaran untuk beli rumah pertama dan telah menjual atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
Case Study
Ahmad (bukan nama sebenar) buat pengeluaran KWSP untuk rumah pertama (bagi tujuan pelaburan hartanah). Selepas beberapa tahun, Ahmad membuat pengeluaran KWSP sekali lagi untuk membayar habis baki pinjaman di bank.
Ahmad juga memiliki rumah lain (juga untuk tujuan pelaburan) dan beliau turut bercadang untuk keluarkan wang dari KWSP bagi menyelesaikan baki pinjaman bank rumah ke-2 ini . Tapi Ahmad tak layak sebab dia telah membuat pengeluaran KWSP untuk rumah pertama.
Ahmad tidak bercadang nak jual rumah pertama. Maka pilihan yang ada ialah dengan memindah hak milik rumah pertama tu kepada orang yang paling dipercayai (dan disayangi)...iaitu isteri beliau. Ini bagi melayakkan beliau mengeluarkan wang KWSP untuk rumah ke-2 ini.
Disebabkan rumah pertama dah habis hutang bank dan dah dapat geran, maka proses pindah milik agak mudah dan boleh dilakukan tanpa pihak lawyer. Dengan kata lain boleh jimat dalam RM1,+++ jika buat sendiri.
Nantikan posting berkaitan proses-proses yang terlibat untuk pindah milik rumah yang diuruskan sendiri oleh Ahmad dengan pihak Pejabat Tanah, LHDN, etc.
Nota: Untuk rumah ke-2, pencarum adalah dibenarkan untuk keluar duit di akaun 2 KWSP bagi tujuan bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah. Tapi tak dibenarkan keluar duit KWSP untuk tujuan bayar habis pinjaman.

Asalnya nak sewakan tapi terus 'terjual'
Masa beli apartment di Batu Caves ni dulu boleh juga dianggap kes 'terbeli'. Sebab masa pergi soft launch projek tu memang takde niat langsung nak beli. Sekadar nak bawa isteri & anak-anak jalan hujung minggu.
Kes ni jadi 'terbeli' sebab ada tawaran menarik dari developer. Tak payah keluar deposit - ada diskaun 10% (7% bumi + 3% pembeli awal), bayar booking hanya RM1k, lokasi berhampiran stesen komuter, voucher tunai Courts RM2k dan cabutan bertuah (confirm voucher tunai tambahan dari RM500 ke RM5k).
Lepas apartment siap dan dapat kunci, terus penyewa masuk. Tapi kurang dari setahun penyewa terpaksa keluar sebab hal peribadi. Maka sibuk lah saya membersih dan touch-up rumah (termasuk pasang kitchen cabinet). Bila dah siap, saya iklankan semula - apartment untuk disewa.
Tak sampai 3 minggu iklan, saya jumpa bakal penyewa yang sesuai. Tapi...nak dijadikan cerita, bakal penyewa ni datang sebelah pagi dan confirm nak sewa bermula awal bulan depan (tapi belum ambil deposit). Pada sebelah petang hari yang sama, sorang agen call kata ada buyer berminat nak beli apartment saya.
Dalam phone tu agen tanya saya...berapa encik mau jual? Disebabkan dah ada bakal penyewa, saya pun sambil lewa terus cakap ...'saya mau jual RMxxx....kalau buyer mau, kena tengok hari ni jugak ' (harga yang saya minta tu 25% lebih dari harga jual yang agen-agen lain pernah offer saya)
Agen tu kata...'ok, saya kena tanya buyer dulu'. Tak sampai 10 minit, agen return call dan kata buyer nak tengok rumah sekarang. Maka saya pun tunggulah agen dan buyer datang..lebih kurang pukul 5 petang.
Dipendekkan cerita, buyer berminat dengan apartment saya. Terus on the spot bayar 3% booking pada agen. Saya sempat telefon wife kata ada orang dah nak beli apartment ni...ok tak? tak tau nak komen apa...dia follow je :)
Dan petang tu juga, saya terpaksa batalkan 'tempahan' penyewa yang datang sebelah pada pagi...bukan rezeki saya kat situ nampaknya.
S&P dah siap hujung tahun lepas...dan perkembangan terkini, lawyer dah call beritahu baki bayaran akan dibayar tak lama lagi. Alhamdulillah.
Ini lah cerita macam mana pada asalnya nak sewakan rumah tapi 'terjual' pulak.

Transfer Duit Maybank2u ke Akaun Tabung Haji
Selain dari guna ATM, kita juga boleh guna online akaun seperti maybank2u untuk semak baki duit kat akaun Tabung Haji (ATH), pindah duit dari maybank2u ke ATH atau ATH ke maybank2u dan juga kemudahan mendaftar pergi haji.
Amat berguna terutama bila nak tahu atau keluarkan dividen simpanan dari ATH.
Tapi mula-mula kita kena register/link dulu nombor ATH dengan akaun maybank2u kita. Cara yang saya tahu ialah mendaftarkan nombor ATH melalui mesin ATM (refer sini)...mungkin kita boleh guna maybank2u tapi saya tak pernah cuba.
Lepas dah link, kita log-in maybank2u macam biasa. Pergi ke 'Accounts & Banking (gambar bawah).
Kemudian, klik ke 'Transfer' di sebelah kiri. Kita akan dapat menu seperti gambar di bawah. Klik ke 'Tabung Haji'.
Bila dah masuk menu 'Tabung Haji', ada beberapa pilihan yang disediakan - 'Balance Inquiry', 'Fund Transfer' dan 'Haji Registration' (tengok gambar bawah).
Skrin untuk 'Balance Inquiry'...errr baki kat sini tak nampak sebab system ttu ulis ...'you have insufficient fund to show' ;p
Skrin untuk 'Fund Transfer'. Kat sini kita boleh buat macam-macam transaksi..dari akaun sendiri ke akaun sendiri atau akaun sendiri ke akaun orang lain. Janji duit ada :)
Last sekali...skrin untuk 'Haji Registration'. Tapi ada beberapa syarat seperti, minimum baki dalam ATH mesti RM1,300. Lepas daftar, duit RM1,300 ini tak boleh dikeluarkan lagi.
Amat berguna terutama bila nak tahu atau keluarkan dividen simpanan dari ATH.
Tapi mula-mula kita kena register/link dulu nombor ATH dengan akaun maybank2u kita. Cara yang saya tahu ialah mendaftarkan nombor ATH melalui mesin ATM (refer sini)...mungkin kita boleh guna maybank2u tapi saya tak pernah cuba.
Lepas dah link, kita log-in maybank2u macam biasa. Pergi ke 'Accounts & Banking (gambar bawah).
Kemudian, klik ke 'Transfer' di sebelah kiri. Kita akan dapat menu seperti gambar di bawah. Klik ke 'Tabung Haji'.
Bila dah masuk menu 'Tabung Haji', ada beberapa pilihan yang disediakan - 'Balance Inquiry', 'Fund Transfer' dan 'Haji Registration' (tengok gambar bawah).
Skrin untuk 'Balance Inquiry'...errr baki kat sini tak nampak sebab system ttu ulis ...'you have insufficient fund to show' ;p
Skrin untuk 'Fund Transfer'. Kat sini kita boleh buat macam-macam transaksi..dari akaun sendiri ke akaun sendiri atau akaun sendiri ke akaun orang lain. Janji duit ada :)
Subscribe to:
Posts (Atom)