29 October 2012

Desa Saujana, Hulu Langat (Part 2)


Masa datang ofis developer beberapa bulan lepas, lupa pulak nak amik gambar rumah. Lepas tu, bila pergi balik....sampai lewat dan ofis dah tutup.  

Last sekali, aku amik je gambar rumah yang ada kat luar ofis dia orang.  Walaupun tak berapa jelas, tapi moga dapat membantu sesiapa yang berminat…sama ada nak proceed untuk pergi ofis developer atau cari projek lain.

Sebelum ni, ada review secara ringkas pasal projek Desa Saujana, Batu 14, Hulu Langat ni….klik sini.
 

Rumah Berkembar....masa call developer, dia orang kata ada saiz 35 x 90 sahaja...

Rumah Teres 2 Tingkat....hanya ada saiz 20 x 65 sahaja....

Untuk maklumat lebih tepat, sila call developer 03-87243133. 
 




28 October 2012

Dolomite Park Avenue

Pada asalnya, projek yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd (anak syarikat Dolomite Corporation Berhad) ini sepatutnya dilancarkan pada pertengahan tahun 2008, tetapi hanya pada hujung suku ke-3 (Q3) 2012 pelancaran jualan baru dibuat.

Dengan pakej yang menarik seperti Developer Interest Bearing Scheme (DIBS), i.e. interest peminjam ditanggung oleh developer sehingga rumah siap, free hold, berhampiran dengan stesen komuter dan MRR2, unit-unit ‘murah’ (1,171 sf berharga RM392k dengan 2 parking lot) telah hampir habis ditempah.

Tetapi, baru-baru ni pihak pengurusan kuil Batu Caves telah mendesak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemaju Dolomite Park Avenue supaya menghentikan serta-merta projek pembangunan kondominium 29 tingkat tersebut. 

Ini disebabkan, tapak untuk projek 474 unit servis kondominium yang hendak dibina itu terletak berhampiran dengan pusat beribadat masyarakat Hindu dan juga kerana kawasan di sekeliling adalah bukit batu kapur yang rapuh dan terdedah kepada tanah runtuh. 


Dolomite Official Launch

Dolomite Entrance

Tanpa mengambil kira sebarang motif yang tersirat (sekiranya ada) disebalik bantahan terhadap projek ini, nasib para pembeli mestilah dijaga.  Tindakan susulan perlu diambil jika wujud kecuaian oleh pihak bertanggungjawab, termasuk bayaran gantirugi untuk kos, usaha dan masa yang telah digunakan, selain dari pemulangan sepenuhnya duit deposit kepada pembeli.


Nota:

Berhampiran dengan kawasan bukit Batu Caves ini terdapat 2 projek 'high rise' yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap:

1.      Amara Residence (dijangka siap June 2014)
Amara Residence

2.      Taman Raintree - Kondominium Semarak & Penaga...aku merupakan salah seorang pembeli unit di sini (dijangka dapat kunci dalam bulan November/December 2012) 
Taman Raintree - Kondominium Semarak & Penaga







27 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Saban tahun bila tibanya bulan Zulhijjah, kita akan diingatkan mengenai pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. serta anak baginda Nabi Ismail a.s. Namun mereka berjaya mengharunginya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

Intipati daripada kisah tersebut adalah...setiap perjalanan hidup kita sentiasa dipenuhi dengan pelbagai cabaran silih berganti, namun hanya mereka yang tabah dan sanggup berkorban sahaja yang akan memperolehi kejayaan dalam erti kata sebenarnya.

Sama-samalah kita menghayati kedatangan Aidiladha ini dengan mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dan keazaman untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat...Insyaallah.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca dan rakan-rakan blogger...

11 October 2012

Statistik Dalam Pengurusan Kewangan

Sekadar berkongsi beberapa statistik berkaitan dengan pengurusan kewangan.  Walaupun angka-angka ini diperolehi dari kajian beberapa tahun lepas, tapi masih boleh digunakan sebagai rujukan...
Menurut satu kajian (Malay Mail, 14/10/2008), semasa kegawatan ekonomi melanda Malaysia dalam tahun 2008, golongan belia (rasa-rasa bawah 35 tahun kot) masih berbelanja RM 300 – RM 500 sebulan untuk hiburan dan riadah
Akhbar yang sama (Malay Mail, 15/6/2009) melaporkan:
  • 50% pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis adalah di bawah umur 30 tahun
  • 27% memberi alasan yang mereka hilang kawalan semasa menggunakan kad kredit (swipe sesuka hati tanpa fikir panjang) dan 22% disebabkan pengurusan kewangan yang lemah
Kajian Citibank (The Star, 19/2/2009) pula menunjukkan:
  • 37% responden agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka
  • Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk 11 minggu sahaja
  • Sejumlah 12% pula tidak menabung sama sekali
  • Terdapat 66% responden tidak yakin simpanan persaraan mereka adalah mencukupi
  • Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang sistematik dan teratur
  • Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka
  • Walaupun 86% responden mengatakan mereka membuat bajet, hanya 28% berjaya mematuhinya
Biar sikit-sikit...lama-lama membukit

8 October 2012

Desa Saujana, Hulu Langat (Part 1)

Ini projek perumahan jenis bercampur ..ada teres 2 tingkat dan semi-D. Papan tanda dan tapak projek dah lama siap...cuma developer kata belum proceed dengan construction sebab tunggu approval. Setakat ni maklumat yang ada ialah:

Nama Developer:      Dynafare Sdn Bhd (303305-U)
Lokasi Projek:            Sebelum naik bukit ampang (sebelah hulu langat...)
Jenis Rumah:              Teres 2 tingkat (20 x 65) dan Semi-D (35 x 90)
Jumlah Unit:               Keseluruhan 100 unit (takde info pecahan rumah)
Anggaran Harga:       Above RM300k
Status:                         Malay Reserve/Free Hold

Dari segi lokasi dan persekitaran, ada beberapa advantage dan disadvantage. My personal view, rumah di sini sesuai dibeli untuk tinggal sendiri...

Advantage:
  1. Sekolah rendah depan kawasan perumahan manakala jarak sekolah menengah kurang dari 1 km.
  2. Masjid Jamek Sultan Hisamudin hanya 500 meter (bulan puasa memang meriah...ada tazkirah setiap malam dari penceramah jemputan)
  3. Kemudahan pasaraya, pejabat pos, etc yang berhampiran...kalau nak carik bank kena turun bukit ampang...
Disadvantage:
  1. Lokasi sebelah perkuburan Cina..(tapi terhalang oleh bukit kecil). Kawasan sekeliling ada beberapa kawasan perumahan lain
  2. Jalan hulu langat (dari batu 9 ke 14 vice versa) ni selalu jem...kalau bulan Syawal lagi la teruk sebab ramai orang buat open house (jalan alternatif yang ada...ikut bukit ampang untuk ke KL/cheras atau jalan sungai tekali jika nak ke semenyih/kajang)
Setakat ni, track record Dynafare ni ialah projek di Taman Harmoni, Bandar Kajang...kalau nak tanya lebih detail, boleh call ofis dia orang 03-87243133. Kalau ada masa nanti, aku akan update gambar tapak projek dan model rumah.


2 October 2012

Pertumbuhan Pinjaman Hartanah Perlahan..

Laporan penganalisa ekonomi menunjukan kadar pertumbuhan pinjaman setakat Ogos 2012 adalah perlahan jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas.  Maknanya, walaupun ada pertambahan dari segi jumlah pinjaman/peminjam, tetapi kadar peratusannya lebih rendah jika dibandingkan tahun ke tahun (year-on-year basis).
 
Jumlah pinjaman sektor hartanah (residential dan non-residential) semakin menguncup
 
Selain dari garis panduan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia sedikit masa dahulu (seperti margin pinjaman hanya 70% untuk pembelian rumah lebih dari 2 dan kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bersih)....kenaikan Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT)/ Real Property Gains Tax (RPGT) kepada 15% (jual hartanah yang dibeli kurang dari 2 tahun) dan 10% (tempoh 2 hingga 5 tahun) yang dibentangkan  dalam Belanjawan 2013 lepas akan menyukarkan lagi keadaan sedia ada, khususnya untuk pembelian hartanah bagi tujuan pelaburan jangka pendek.

Cermat masa banyak...jimat masa sikit.

1 October 2012

Nasib Tuan Rumah...

Kebelakangan ni rasa macam penyewa-penyewa rumah aku ni berpakat sesama dia orang. Hampir 4 tahun menyewa jarang lewat bayar, hatta kalau lambat sehari pun sanggup talipon mintak tangguh, tapi sekarang dah mula tunjuk perangai. Bila masuk je awal bulan mula mintak tangguh sampai 2 minggu....janji tu memang ditepati la...cuma cashflow aku la tak bagus.


Yang satu ni lagi pulak...uncontactable dekat 2 bulan...call banyak kali masuk voice mail...lepas aku tinggalkan notis keluar rumah kat pintu, baru aku dapat tau yang penyewa aku ni balik kampung seberang untuk cuti raya. Masalahnya, kalau dah tau nak cuti lama, bayar la siap-siap 2 bulan...atau sekurang-kurangnya beritahu aku yang sewa bulan seterusnya lambat sikit. Sebab dah lama menyewa dengan aku, benda-benda macam ni boleh sikit-lebih-kurang...janji kena beritahu la...

Kalau nak dibandingkan, kadar sewa yang aku bagi ni agak rendah dari orang lain selain dari keadaan rumah yang lebih baik. Sebagai contoh, satu rumah ni jenis end-lot (rumah kos biasa)...tapi sewa yang aku bagi lagi murah dari jenis intermediate...beza dalam 15%-20% gitu

Bila penyewa puashati dapat rumah yang baik dengan sewa berpatutan, secara tak langsung dia terasa berat nak pindah ke tempat lain (kecuali keadaan memaksa macam kena pindah tempat kerja ke atau bini ajak pindah kampung)...maka aku dapat la penyewa jenis jangka panjang. Pada pihak aku pulak, selagi lepas bayar hutang bank dan dapat duit poket sikit..itu pun dah cukup...kira win-win situation.

Tapi bila mula lambat terima duit sewa...pendapat aku mula bergoyang dan melentok-lentok. Aku mula bertanya kewajaran memberi kadar sewa macam tu...gara-gara lambat dapat duit sewa.

Mungkin dah sampai masa untuk aku membuat ‘perlarasan’ kadar sewa rumah (...frasa yang popular digunakan kalau nak naik kan harga barang). Selain bakal menambah aliran tunai masuk, tindakan aku ini patut dianggap isyarat yang tuan rumah sudah bersedia untuk mencari penyewa baru andai kata mereka tidak bersetuju dengan kadar sewa baru.

Nasib baik belum terhantuk...sempat lagi la nak mengadah.