21 July 2013

Jenis Pelabur Hartanah

Ramai pelabur hartanah membeli aset semata-mata untuk menjual semula. Mereka membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Mereka melabur untuk mendapat keuntungan modal (capital gain) hasil dari kenaikan nilai aset tadi. Untuk pelabur kategori ini dikenali sebagai flipper.

Kategori pelabur yang satu lagi ialah mereka yang membeli hartanah kemudian menyewakannya untuk satu jangka masa yang panjang, sebelum menjual semula atau mewariskan kepada generasi seterusnya. Pelabur jenis ini mendapat income dari - (i) pendapatan sewa; (ii) pelunasan pinjaman hartanah (pengurangan hutang pinjaman dengan bank hasil dari duit sewa); dan (iii) kenaikan nilai aset. 

Menjadi seorang flipper atau sebaliknya bergantung kepada strategi pelaburan seseorang, jenis dan harga hartanah, serta jenis permintaan dan keadaan persekitaran lokasi hartanah terbabit. 

5 July 2013

Projek Iqra': Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Sumber: Projek Iqra'



 
"Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah"

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (Al-Baqarah 2:261)

Projek Iqra' akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja atau menyumbang masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.


Jika 2012 sebanyak 2 buah rumah anak yatim terlibat dalam Shopping Raya, untuk 2013 sebanyak 4 buah rumah anak yatim dari 4 negeri telah dipilih:

1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana (Puchong, Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (Nilai, Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang (Sik, Kedah)



Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.

Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek Iqra' ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh berikut - (i) 20 Julai 2013 (Sik, Kedah) dan 27 Julai 2013 (KL, Selangor dan Negeri Sembilan)
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Projek Iqra', sila klik SINI.

1 July 2013

Panduan Beli Rumah Dari Pemaju - Part 1

Lepas survey projek-projek perumahan yang baru dilancarkan, akhirnya berjumpa dengan satu unit yang berkenan di hati. Tanya dengan isteri, tunang atau bakal tunang...dia setuju. Lokasi ok..dekat dengan rumah mak dan ofis. Rekabentuk ok..mengikut trend semasa. Harga pun ok...boleh digagah lagi bayaran bulanan.

Apa yang perlu dibuat sebelum meneruskan pembelian rumah?

1. Buat sedikit background check atas syarikat pemaju (developer). Kat mana projek lain yang dia dah buat dan apa statusnya...dah siap, siap tapi terlewat, masih tertangguh atau terbengkalai terus. Kalau ada rekod buruk...disaran lupakan je lah rumah ni.

2. Boraklah dengan jurujual tu hal-hal berkaitan seperti...berapa fasa/unit rumah dibina. Bila projek ni launch dan berapa unit ada untuk dijual (perlu sedikit risau kalau projek dah lama launch...tapi unit masih banyak belum dijual).

3. Tanya pasal pembiayaan untuk pembelian rumah...apa pakej yang diberi, contoh pemaju tanggung kos Sales & Purchase Agreement (SPA), pembeli tak perlu bayar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembinaan atau dipanggil Developer Interest-Bearing Scheme (DIBS), siapa panel bankers, diskaun yang ada (contoh untuk bumi), etc.

4. Pastikan status pemilikan rumah sama ada freehold atau leasehold. Juga berapa keluasan rumah (built up area dan ruang tanah) sebenar.

5. Cuba pergi melawat ke tapak projek sebenar. Tengok keadaan sekeliling..tanah dia berpaya ke, berbukit ke, sebelah sungai ke, bekas lombong ke, lembah yang senang banjir ke, etc.

6. Dah puashati, boleh lah buat tempahan. Kebiasaannya, booking fee yang dikenakan antara RM500 ke RM1,000. Ada juga pemaju yang mengenakan RM3,000 sebagai deposit.

Selesai sudah buat tempahan rumah yang dibeli. Lepas ni langkah untuk sain SPA, apply housing loan dan withdraw duit KWSP (untuk pembelian rumah pertama).