Monday, 29 April 2013

Transfer Duit Dari Maybank Ke Tabung Haji (vice versa)

Maybank ada menyediakan kemudahan untuk masuk dan keluar duit ke akaun Tabung Haji melalui 2 cara – (1) maybank2u dan (2) mesin ATM.

Dalam post ni saya nak kongsi cara berurusan akaun Tabung Haji guna mesin ATM Maybank.  Sebelum tu, seseorang mestilah mempunyai:

·         Akaun simpanan dan kad ATM Maybank
·         Akaun dan buku simpanan Tabung Haji

Kemudian, kita mesti 'link' kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-cara nya adalah seperti berikut:

1.      Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masuk kan kad ATM dan password macam biasa

2.      Bila dah masuk menu utama, pilih sub-menu TABUNG HAJI (refer gambar bawah)



3.      Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (refer gambar bawah)



4.      Nanti keluar skrin yang mintak anda masuk kan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (refer gambar bawah)


5.      Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank....termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.

19 comments:

  1. as-salam bang, kalau saya nak transfer ke tabung haji mak n ayah saya sama dengan cara di atas jugak ke? sekarang saya guna acc bank islam sy untuk transfer ke tabung haji mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. boleh transfer...tapi mcm normal 3rd party transfer.

      yang kat atas tu berbeza sebab kita boleh semak baki, masuk dan pindah duit keluar dari maybank ke akaun tabung haji dan sebaliknya.

      Delete
  2. salam, kiranya akan ada dua akaun la nanti kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita seolah-olah guna atm kad maybank untuk keluar masuk duit akaun tabung haji...tapi ada servis caj. kalau tak silap saya rm1 per transaksi

      kalau setakat nak semak baki akaun tabung haji..FOC

      Delete
  3. salam...terima kasih sharing...

    ReplyDelete
  4. bang kalau nak link dengan akaun bank islam dengan atm macam mane ye?

    ReplyDelete
  5. salam..thanx for sharing. nak try jap lagi

    ReplyDelete
  6. terima kasih perkongsian ini.. boleh rujuk sini pula untuk semak melalui mayabank2u http://www.myvitrd.com/2013/09/panduan-semak-akaun-tabung-haji-online.html

    ReplyDelete
  7. terima kasih perkongsian ini.. boleh rujuk sini pula untuk semak melalui mayabank2u http://www.myvitrd.com/2013/09/panduan-semak-akaun-tabung-haji-online.html

    ReplyDelete
  8. owh...gitu jer erk..okey..nk buatla pasni...

    ReplyDelete
  9. okkehh..bagus nih..thanks ye.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum... bagus info nie mselim3 baru nak cuba pape nanti cuba...

    mselim3

    pls: tima kasih bebanyak yer...

    ReplyDelete
  11. ini yang saya cari..terima kasih kerana tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  12. salam,

    charges dikenakan untuk urusan keluar dan masuk dari maybank ke akaun TH. kalau kita cuma nak register TH ke akaun maybank, ada service charge juga ke?

    sekian terima kasih!

    ReplyDelete
  13. Akaun tabung haji dh lama hanya 8 digit shj..mcm mana nk buat??

    ReplyDelete