28 June 2013

Maybank Treats Fair 2013

Bila dah berjaya kumpul mata ganjaran kad kredit tadi, saya akan tebus (redeem) dengan barang/voucher yang saya rasa tak akan beli kalau guna duit poket sendiri. Maksudnya, benda tu adalah barangan kehendak.....bukan keperluan. Contohnya, telefon rumah cordless, GPS (boleh jadi barang keperluan kepada sesetengah pihak), microwave, dan lain-lain.


Biasanya, mata ganjaran boleh ditebus secara online di website atau dengan walk-in ke outlet yang dilantik oleh pihak bank (contohnya Seng Heng).

Untuk pengguna kad kredit Maybank, mereka menyediakan satu lagi cara untuk menebus mata ganjaran tadi, iaitu melalui Maybank Treats Fair (yang kebiasaanya akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre). Untuk maklumat lanjut, klik sini.



Treats Fair yang akan datang bermula dari 4-7 Julai 2013. Selain dari kemudahan menebus mata ganjaran (kadangkala pada jumlah mata yang lebih rendah dari di website), kat situ juga ada dibuka outlet untuk kita membeli barangan seperti alat elektrikal, aksesori rumah, pakej melancong, handphone, GPS dan lain-lain. Dah sudah semestinya, beli meggunakan kad kredit mereka (secara sekali bayar atau ansuran bulanan).

Untuk peringatan diri saya dan yang lain-lain, gunakan kemudahan kad kredit mengikut kemampuan dan keperluan. Kita sebagai pengguna sepatutnya memanipulasi kemudahan kad kredit sebijak mungkin dan membawa keuntungan kepada kita....bukan dimanipulasi sehingga kita terikat dengan hutang keliling pinggang!

18 June 2013

Bayar tunai atau kad kredit

Sebagai pembeli, andai kata diberi pilihan sama ada hendak membayar secara tunai atau guna kad kredit...saya mesti pilih bayar guna kad kredit, tetapi dengan beberapa syarat:

Amaun yang perlu dibayar adalah sama (kebiasaanya kalau bayar guna kad kredit untuk beli komputer atau aksesori kereta kena caj lebih 1-3% oleh sipenjual)

Dan syarat paling utama, kita mesti berdisiplin bila tiba waktu nak bayar balik hutang kad kredit. Jangan sesekali tangguh bayaran...kononnya nak simpan duit tu nak bagi dapat dividen atau rolling beli benda lain. Nanti duit habis entah ke mana..hutang pulak tak berbayar.

Apa pulak kelebihan bayar guna kad kredit?

Sebab utama, boleh kutip mata ganjaran (treatpoint) untuk setiap RM yang kita belanjakan. Selagi boleh, semua bil-bil telefon, api, air, cukai pintu, IWK, broadband, tv berbayar, insuran nyawa & kenderaan, belanja runcit, etc saya akan caj ke kad kredit. Hatta, kalau lah bayaran ansuran kereta boleh guna kad kredit, memang saya buat...tapi setakat ni tak boleh.

Lagi baik kalau kita guna kad kredit yang mata ganjaran nya tak ada tempoh lupus (expiry). Boleh carry forward bertahun-tahun...dan bila dah cukup, tukar lah dengan barang yang kita tak tergamak nak beli guna duit sendiri :)

Sebab-sebab yang lain macam tak perlu bawak cash banyak-banyak gi kedai (hati tak lah risau duit tu tercicir atau terbagi kepada penyeluk saku), untuk rekod bagi menunjukkan yang kita adalah peminjam (masa swipe kad kredit) dan pembayar yang baik...so, sedikit sebanyak boleh diguna sebagai rujukan tambahan bila mohon pinjaman dari bank.

Kesimpulannya, kad kredit hanyalah satu mekanisme yang sekiranya digunakan dengan berhemah dan betul, boleh membawa banyak kebaikan kepada pengguna. Yang penting, berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.













3 June 2013

Merancang Percutian Keluarga

Untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, waktu cuti penggal/cuti umum sahajalah masa terluang yang ada untuk membawa mereka berjalan-jalan. Kalau nak bawa jalan masa hari biasa jugak, kenalah ponteng sekolah.

Bila dah musim cuti sekolah ni, semua tempat pelancongan akan sesak. Bilik-bilik hotel banyak yang penuh...kalau ada kosong pun sebab mahal, lokasi tak strategik atau keadaan hotel yang uzur. Harga bilik pula lebih mahal dari biasa...sebab peak period. Jalanraya pun sesak...lebih-lebih lagi bila guna lebuh raya utama mcm PLUS.


Gambar Hiasan

Jadi, kita perlu membuat sedikit perancangan awal sebelum memulakan percutian di musim cuti sekolah supaya ia berjalan lancar dan meninggalkan kenangan manis kepada semua:

1. Pilih Lokasi Yang Hendak Dilawati - Perkara utama yang harus ada, tempat percutian yang ingin dituju. Sama ada dalam atau luar negara, bercuti di bandar, pulau peranginan, percutian tepi pantai atau berkhemah di hutan, etc.

2. Buat Budget - Bila dah tahu tempat dituju, senang sikit nak buat budget. Senaraikan jenis perbelanjaan yang diperlukan, seperti kos pengangkutan (duit minyak dan tol kalau drive sendiri, tiket kapal terbang, feri, kereta sewa, etc), kos penginapan (hotel yang berbintang, budget hotel, asrama atau homestay), kos makan & minum sepanjang percutian, tiket bayaran masuk (jika melawat tempat seperti zoo, taman tema air, akuarium, etc), cenderahati dan sourvenir untuk diri sendiri dan bagi orang, dan tak lupa, sedia kan sikit budget untuk kontigensi atau kecemasan.  

4. Buat Tempahan Awal Untuk Penginapan/Pengangkutan - Ini antara bahagian yang paling penting dalam merancang percutian. Buat tempahan awal untuk mengelak dari kehabisan bilik dan terpaksa memilih hotel yang lebih mahal atau hotel yang memang tak ramai pelancong nak duduk oleh pelbagai sebab. Secara peribadi, saya selalu membuat tempahan melalui internet, sama ada terus ke website hotel atau portal yang menyediakan tempahan hotel online seperti agoda.com, booking.com, etc. Selain dari harga bilik yang lebih rendah, mereka juga memberi mata ganjaran boleh ditebus untuk tempahan seterusnya. Tempahan awal juga perlu untuk pengangkutan. Sebagai contoh, jika menaiki kapal terbang, kita akan mendapat harga tiket lebih murah bila membuat pembelian awal. Tetapi ingat, kos akan bertambah apabila terpaksa membeli tiket penerbangan lain jika tarikh percutian ditukar atas sebab yang tak dapat dielak kan.

5. Buat Ringkasan Aktiviti Dan Masa - Sebagai panduan agar masa bercuti nanti, kita dah tahu bila dan apa aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tak, ada kemungkinan besar lepas checkin bilik, tak tahu nak buat apa sampai ke lewat petang. Merancang juga membolehkan kita membuat keutamaan aktiviti mengikut kesesuaian masa..supaya kita dapat melawat tempat-tempat yang paling menarik dalam masa yang terhad.

6. Semakan Akhir Sebelum Bercuti - Bila semua dah di atur, beberapa hari sebelum pergi bercuti buat lah semakan terakhir. Kalau booking hotel melalui internet, pastikan slip dan nombor tempahan dibawa bersama. Begitu juga barang-barang keperluan sendiri dan anak-anak yang perlu dibawa bersama. Yang penting, jangan tertinggal barangan penting sehingga boleh menjejaskan keseronokan percutian yang dirancang. Kalau ke luar negara, pastikan passport dibawa bersama...jangan dah sampai airport baru perasan passport tertinggal dalam laci!

7. Jom Cuti! - Hari yang ditunggu telah tiba. Anak-anak rasa seronok nak berjalan..mak ayah pulak sibuk memastikan semua alatan eletrik dan suis telah dipadam dan pintu pula dikunci. Untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan keperluan mereka mencukupi dan berada dalam keadaan selesa. Utamakan keselamatan mereka!

Jika memandu, berhenti sekejap untuk berehat dan menyegarkan semula diri sebelum meneruskan perjalanan. Jika ada apa-apa halangan, atasi nya dengan hati yang terbuka. Yang penting, percutian ini seharusnya ditempuhi dengan penuh keseronokan.
















.