3 September 2015

KWSP: Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah


Selain menyediakan kemudahan keluar duit untuk beli rumah/ mengurangkan baki pinjaman rumah, kita (pencarum) pun boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk bayar ansuran bulanan pinjaman.

Cara mohon sangat senang. Mula2 minta bank yang bagi pinjaman perumahan untuk sediakan "Penyata Baki Pinjaman Perumahan" ikut format yang KWSP nak. Bagi tau je officer bank yang kita nak buat pengeluaran ansuran bulanan dari KWSP...nanti tau la dia. 

Biasanya lepas 1-2 minggu kita akan dapat penyata ni. Lepas tu bawa je ke kaunter KWSP bersama-sama IC pemohon. Tak perlu isi borang dan fotostat IC (dengan syarat card reader kat kaunter KWSP tu boleh baca info dalam IC kita).

Lagi satu, jangan lupa bagi nombor akaun bank (simpanan) sebab pihak KWSP akan bank-in terus duit ansuran bulanan tu kepada kita. 

Duit akan masuk dalam tempoh 7-15 hari bekerja selepas kita serahkan borang permohonan.

p/s: Kalau pencarum ada i-akaun dengan KWSP, kita boleh buat permohonan secara on-line. Lagi cepat sebab tak perlu tunggu penyata pinjaman rumah dari bank.

5 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. untuk kali pertama, kena pergi kaunter dulu. selepas 6 bulan baru boleh keluarkan ansuran bulanan tu secara online.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. selepas 6 bulan pengeluaran yg pertama tu.. means dah dapat 6 bulan ansuran tu utk pengeluaran yg secara manual tu. lepas tu apply online jo..

      Delete