KWSP: Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah


Selain menyediakan kemudahan keluar duit untuk beli rumah/ mengurangkan baki pinjaman rumah, kita (pencarum) pun boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk bayar ansuran bulanan pinjaman.

Cara mohon sangat senang. Mula2 minta bank yang bagi pinjaman perumahan untuk sediakan "Penyata Baki Pinjaman Perumahan" ikut format yang KWSP nak. Bagi tau je officer bank yang kita nak buat pengeluaran ansuran bulanan dari KWSP...nanti tau la dia. 

Biasanya lepas 1-2 minggu kita akan dapat penyata ni. Lepas tu bawa je ke kaunter KWSP bersama-sama IC pemohon. Tak perlu isi borang dan fotostat IC (dengan syarat card reader kat kaunter KWSP tu boleh baca info dalam IC kita).

Lagi satu, jangan lupa bagi nombor akaun bank (simpanan) sebab pihak KWSP akan bank-in terus duit ansuran bulanan tu kepada kita. 

Duit akan masuk dalam tempoh 7-15 hari bekerja selepas kita serahkan borang permohonan.

p/s: Kalau pencarum ada i-akaun dengan KWSP, kita boleh buat permohonan secara on-line. Lagi cepat sebab tak perlu tunggu penyata pinjaman rumah dari bank.

Dokumen untuk mohon pinjaman hartanah

Secara peribadi, saya akan cuba sediakan maklumat/salinan dokumen berikut untuk memudahkan kerja bank officer yang akan memproses permohonan pinjaman perumahan nanti. 

Ini hanya sebagai panduan dan iniatif sendiri, bukan semua dokumen mesti disediakan dan diberi kepada pihak bank:

1. Muka depan - ringkasan maklumat hartanah yang dibeli, eg nama pembeli (yang akan diletak dalam S&P), nama projek & pemaju, lokasi, harga beli dalam S&P, jumlah bulan pinjaman, masuk MRTA/MLTA dalam loan atau bayar cash, etc.
2. Salinan IC pembeli
3. Resit booking rumah/Offer to Purchase - beli subsale
4. Slip gaji (3 bulan)
5. Penyata bank (tunjuk gaji 3 bulan tadi masuk akaun)
6. Penyata EPF
7. Borang EA (tunjuk pendapatan tahunan) kalau kerja makan gaji
8. Borang BE dan resit bayaran cukai (optional) - tunjuk pendapatan boleh cukai dan cukai yang dibayar
9. Surat pengesahan kerja dari majikan (mintak dengan jabatan sumber manusia/HR Department)
10. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) - boleh print sendiri di kiosk Bank Negara (optional)

Jika komitmen hutang pembeli dah 'paras hidung', perlu tunjuk kat pihak bank apa sahaja aset dan pendapatan sampingan yang ada:

11. Penyata simpanan (selain penyata bank untuk masuk gaji), eg ASB, Tabung Haji, etc. 
12. Penyata untuk jumlah saham di Bursa KL/Unit Trust yang dimiliki
13. Perjanjian sewa rumah (tenancy agreement) dan penyata bank - kalau ada pendapatan dari rumah sewa

Untuk memastikan pihak bank membuat pengiraan yang tepat ke atasa jumlah komitmen/hutang sedia ada, eg ansuran bulanan pinjaman kereta, rumah (lain) dan pinjaman peribadi, perlu bagi:

14. Loan offer letter - nak tunjuk berapa ansuran bulanan sebenar yang kita bayar. Kalau tak tunjuk dokumen ni, pihak bank akan buat anggaran bayaran ansuran bulanan - biasanya jumlah anggaran lagi tinggi dan mengakibatkan komitmen kita nampak banyak dari yang sepatutnya.

Nota: kalau rasa-rasa komitmen/hutang sedia ada masih rendah, maka tak ada keperluan untuk sediakan sebahagian dari dokumen di atas.

Tukar Hakmilik Strata Title


Sebelum hantar permohonan untuk tukar Hakmilik Induk (Master Title) kepada Hakmilik Strata (Strata Title) bagi rumah bertingkat e.g. apartment, kondominium, townhouse, etc, ke pejabat duti stem/pejabat tanah, pihak lawyer akan minta pemilik rumah untuk buat beberapa perkara dan sediakan dokumen:

1. Bayar bill lawyer/solicitor.

2. Bayar cukai tanah (quit rent) semasa - pemilik rumah kena dapatkan salinan resit dari management ofis yang membayar cukai tanah (untuk keseluruhan apartment).

3. Surat pengesahan dari management ofis mengatakan pemilik tidak mempunyai sebarang tunggakan, e.g. yuran penyelenggaraan, sinking fund, etc.

4. Clerance Letter dari financier - kalau loan rumah dah habis bayar.

5. Salinan Deed of Assignment (DOA) - dokumen ni menunjukan hak milik/geran apartment semasa hartanah tersebut masih lagi berstatus Hakmilik Induk (Master Title). 

Nota: Kes tahun ni, item 1-4 dah ready untuk mohon Hakmilik Strata bagi apartment di Jalan Klang Lama. Tapi item 5, DOA tu masih tak dapat. Tanya financier, dia orang kata original dokumen masih belum dapat dari solicitor. Padahal urusan dan bayaran loan untuk apartment ni dah mula dari 2010. Adoi!



Studio Apartment Untuk Di Jual [SOLD]


Untuk dijual segera, 1 studio apartment (corner unit) di Primaland Resort & Convention Centre, Port Dickson.

Apartment menghadap water park dan dijual lengkap dengan perabot seperti set kerusi kayu, almari, TV + Astro Njoy, penghawa dingin, kipas siling, peti sejuk mini, 2 katil super single, dll.


Unit ini sekarang dijadikan sebagai penginapan percutian sendiri dan disewakan secara harian. 

Harga jual RM70,000. Urusan pinjaman dan guaman disediakan bagi yang memerlukan. 

Jika berminat, sila whatsapp/sms/call Pn Noorliza Ismail di nombor 012-209 1196 untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut, lawati iklan di Studio Apartment Untuk DiJual.



Survey Rumah Lelong

Dari pagi sampai ke petang hari Sabtu lepas saya merayau tengok rumah untuk dilelong. Bermula dari Kajang --> Semenyih --> Nilai --> Ampang --> Rawang. Penat tapi berbaloi.

Fokus kali ini lebih ke rumah landed. Nak pegang sekejap (disewakan sekurang-kurangnya 5 tahun) lepas tu baru fikir sama ada nak terus sewa atau jual. 

Ada rumah yang masih didiami pemilik rumah (kalau keaadan macam ni saya tak akan masuk bid...tak sampai hati dan juga tak nak pening kepala dikemudian hari).

Ada rumah yang kosong..tapi tengah buat renovation (mungkin pemilik asal dah jual pada orang lain).

Ada rumah yang memang kosong dan dah lusuh. Kelihatan rumah dah lama ditinggalkan (kalau macam ni baru saya akan buat semakan dan pengiraan lanjut sama ada nak masuk bid atau tak).

Semoga usaha ini memberi hasil yang diharapkan. Insyaallah.