14 February 2014

Asalnya nak sewakan tapi terus 'terjual'

Masa beli apartment di Batu Caves ni dulu boleh juga dianggap kes 'terbeli'. Sebab masa pergi soft launch projek tu memang takde niat langsung nak beli. Sekadar nak bawa isteri & anak-anak jalan hujung minggu.

Kes ni jadi 'terbeli' sebab ada tawaran menarik dari developer. Tak payah keluar deposit - ada diskaun 10% (7% bumi + 3% pembeli awal), bayar booking hanya RM1k, lokasi berhampiran stesen komuter, voucher tunai Courts RM2k dan cabutan bertuah (confirm voucher tunai tambahan dari RM500 ke RM5k).

Lepas apartment siap dan dapat kunci, terus penyewa masuk. Tapi kurang dari setahun penyewa terpaksa keluar sebab hal peribadi. Maka sibuk lah saya membersih dan touch-up rumah (termasuk pasang kitchen cabinet). Bila dah siap, saya iklankan semula - apartment untuk disewa.

Tak sampai 3 minggu iklan, saya jumpa bakal penyewa yang sesuai. Tapi...nak dijadikan cerita, bakal penyewa ni datang sebelah pagi dan confirm nak sewa bermula awal bulan depan (tapi belum ambil deposit). Pada sebelah petang hari yang sama, sorang agen call kata ada buyer berminat nak beli apartment saya. 

Dalam phone tu agen tanya saya...berapa encik mau jual? Disebabkan dah ada bakal penyewa, saya pun sambil lewa terus cakap ...'saya mau jual RMxxx....kalau buyer mau, kena tengok hari ni jugak ' (harga yang saya minta tu 25% lebih dari harga jual yang agen-agen lain pernah offer saya)

Agen tu kata...'ok, saya kena tanya buyer dulu'.  Tak sampai 10 minit, agen return call dan kata buyer nak tengok rumah sekarang. Maka saya pun tunggulah agen dan buyer datang..lebih kurang pukul 5 petang.

Dipendekkan cerita, buyer berminat dengan apartment saya. Terus on the spot bayar 3% booking pada agen. Saya sempat telefon wife kata ada orang dah nak beli apartment ni...ok tak? tak tau nak komen apa...dia follow je :)

Dan petang tu juga, saya terpaksa batalkan 'tempahan' penyewa yang datang sebelah pada pagi...bukan rezeki saya kat situ nampaknya.

S&P dah siap hujung tahun lepas...dan perkembangan terkini, lawyer dah call beritahu baki bayaran akan dibayar tak lama lagi. Alhamdulillah.

Ini lah cerita macam mana pada asalnya nak sewakan rumah tapi 'terjual' pulak.

No comments:

Post a Comment