30 May 2013

Lapangkan Masa

Untuk renungan bersama...


Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman (yang bermaksud):

"Lapangkanlah dirimu (masa) untuk beribadat kepadaKu, nescaya aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak berbuat, maka aku akan penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu."
 
(Riwayat Termidzi dan Baihaqi)

28 May 2013

ASB vs Tabung Haji

Seperti yang kita semua maklum, dividen dan bonus ASB adalah belum dikenakan zakat simpanan, i.e. 2.5% setahun. Manakala dividen dan bonus TH pula telah ditolak zakat sebelum diagihkan kepada penyimpan/pelabur.

Mari kita buat perbandingan ringkas di antara pulangan pelaburan dalam ASB dan simpanan di Tabung Haji (TH) bagi tempoh 10 tahun yang lepas (2003-2012).

Untuk memastikan hasil perbandingan yang lebih adil dan menyeluruh kepada semua kategori penyimpan/pelabur (sama ada pelabur/penyimpan jangka pendek atau panjang), kita buat 2 jenis perbandingan - (1) Pendapatan Dividen Sahaja; dan (2) Pendapatan Dividen + Bonus 

# Dividen dikira berdasarkan baki simpanan terendah setiap bulan untuk tempoh 12 bulan manakala Bonus dikira berdasarkan baki simpanan terendah setiap bulan untuk tempoh 10 tahun.


Perbandingan 1: Pendapatan Dividen Sahaja









Perbandingan 2: Pendapatan Dividen + Bonus







Berdasarkan angka-angka di atas, kita semua boleh membuat rumusan jenis pelaburan mana yang lebih baik.

# TH juga menyediakan kemudahan penama sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada pelabur/penyimpan.

# Bila TH dah tolak siap-siap zakat simpanan ni, senang lah sikit. Bukan apa, kadang-kadang disebabkan kesibukan tugas boleh menyebabkan kita terlupa untuk membayar zakat simpanan.

13 May 2013

Zakat Pendapatan & Zakat Simpanan

Untuk kebaikan dan manfaat bersama...

Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama.


ZAKAT PENDAPATAN

Termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi.  Sebagai contoh - upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, elaun dan lain-lain pendapatan yang ber asaskan kerjaya.



Terdapat tiga kaedah mengira zakat pendapatan:
 
1. Pertama, dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan saudara terus dikeluarkan 2.5 peratus sebagai zakat. Kaedah ini dirasakan agak membebankan kerana ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang.
 
2. Kaedah kedua pula, boleh buat dahulu tolakan asas yang sudah ditetapkan, iaitu diri sendiri RM8,000; isteri RM3,000; anak-anak RM1,000 seorang; pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP; caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan caruman ke dalam mana-mana institusi yang mengeluarkan zakat kepada pencarum seperti takaful. Setelah itu baharu dikeluarkan zakat 2.5 peratus.
 
3. Kaedah ketiga ialah mengira jumlah sebenar perbelanjaan asasi, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan. Kaedah ini tidak digalakkan, justeru seseorang itu boleh jadi terlepas daripada menunaikan zakat pendapatan; walhal pada masa yang sama dia mampu menjalani hidup yang mewah, misalnya memiliki kereta besar dengan rumah yang besar.
 
Kaedah kedua adalah paling baik, ia tidak terlalu ringan dan tidak terlalu membebankan sehingga menyebabkan seseorang itu terlepas dari menunaikan zakat pendapatan. Kaedah kedua inilah yang diamalkan di negara ini.


ZAKAT WANG SIMPANAN

Bila sesuatu simpanan itu dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (e.g. untuk Selangor nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 85 gram atau perak 595 gram. Untuk tahun 2012, kadar nisab ini bersamaan RM13,000).

Jika ada 1 akaun simpanan - apabila telah genap setahun akaun simpanan tersebut dan melebihi paras nisab (selepas ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut), zakat akan dikira berdasarkan berdasarkan jumlah baki terendahnya.

Jika ada lebih dari 1 akaun simpanan tapi baki terendah dalam setiap akaun tidak melebihi nilai nisab - baki terendah setiap akaun perlu dicampurkan untuk mengira sama ada dikenakan zakat simpanan atau tidak.


12 May 2013

Desa Saujana Langat - Progress @ 5 May 2013


Gambar progress untuk projek Desa Saujana Langat, Batu 14 Hulu Langat.

Rumah teres 2 tingkat

Pandangan dari jalan utama

Hari Ahad pun bekerja..

Sekolah rendah dan masjid berhampiran...

kat sebelah kiri tu sekolah rendah...ni pandangan dari tapak projek

...depan sikit je dari sekolah tadi ada masjid jamek Batu 14

di seberang jalan taman Desa Saujana Langat ni tadi ada orang tengah buat site clearance…tapi tak tau untuk projek apa..