Zakat Pendapatan & Zakat Simpanan

Untuk kebaikan dan manfaat bersama...

Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama.


ZAKAT PENDAPATAN

Termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi.  Sebagai contoh - upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, elaun dan lain-lain pendapatan yang ber asaskan kerjaya.



Terdapat tiga kaedah mengira zakat pendapatan:
 
1. Pertama, dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan saudara terus dikeluarkan 2.5 peratus sebagai zakat. Kaedah ini dirasakan agak membebankan kerana ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang.
 
2. Kaedah kedua pula, boleh buat dahulu tolakan asas yang sudah ditetapkan, iaitu diri sendiri RM8,000; isteri RM3,000; anak-anak RM1,000 seorang; pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP; caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan caruman ke dalam mana-mana institusi yang mengeluarkan zakat kepada pencarum seperti takaful. Setelah itu baharu dikeluarkan zakat 2.5 peratus.
 
3. Kaedah ketiga ialah mengira jumlah sebenar perbelanjaan asasi, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan. Kaedah ini tidak digalakkan, justeru seseorang itu boleh jadi terlepas daripada menunaikan zakat pendapatan; walhal pada masa yang sama dia mampu menjalani hidup yang mewah, misalnya memiliki kereta besar dengan rumah yang besar.
 
Kaedah kedua adalah paling baik, ia tidak terlalu ringan dan tidak terlalu membebankan sehingga menyebabkan seseorang itu terlepas dari menunaikan zakat pendapatan. Kaedah kedua inilah yang diamalkan di negara ini.


ZAKAT WANG SIMPANAN

Bila sesuatu simpanan itu dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (e.g. untuk Selangor nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 85 gram atau perak 595 gram. Untuk tahun 2012, kadar nisab ini bersamaan RM13,000).

Jika ada 1 akaun simpanan - apabila telah genap setahun akaun simpanan tersebut dan melebihi paras nisab (selepas ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut), zakat akan dikira berdasarkan berdasarkan jumlah baki terendahnya.

Jika ada lebih dari 1 akaun simpanan tapi baki terendah dalam setiap akaun tidak melebihi nilai nisab - baki terendah setiap akaun perlu dicampurkan untuk mengira sama ada dikenakan zakat simpanan atau tidak.


No comments:

Post a Comment