30 November 2013

Tidak Seindah Reka Bentuk

Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MySET) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pembelian rumah harga mahal yang menawarkan reka bentuk moden seperti bumbung rata dan dinding cermin.

Menurut Presidennya, Prof. Datuk Dr. Abang Abdullah Abang Ali, reka bentuk sedemikian sebenarnya tidak bersesuaian dengan iklim dan keadaan di Malaysia yang boleh menyebabkan suhu panas dalam rumah dan pengaliran air hujan yang kurang baik di atas bumbung (rujuk keratan akhbar di bawah):

Sumber: Harian Metro, Sabtu 30 November 2013

Manakala bekas Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Prof. Datuk Dr. Alias Abdullah (merangkap Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa) berkata, reka bentuk pada setiap unit kediaman adalah kosmetik semata-mata. Sedangkan yang penting adalah ruang asas pada setiap unit rumah yang ditawarkan seperti jumlah bilik mengikut keluasan persegi  dan keperluan asas lain termasuk tandas dan dapur.

Menurut beliau lagi, reka bentuk moden yang ada sekarang adalah satu kaedah yang digunakan untuk menaikkan harga rumah sehingga membebankan pembeli masa kini (rujuk keratan akhbar di bawah:)


Sumber: Harian Metro, Sabtu 30 November 2013

Selain reka bentuk moden, kos bahan binaan dan bayaran buruh yang semakin meningkat serta lokasi rumah dan kemudahan persekitaran juga menyebabkan kenaikan harga rumah di pasaran.

Malah, banyak kawasan yang dibangunkan dengan perumahan pada fasa pertama, maka pada fasa kedua akan dijual pada harga lebih tinggi. Pada hal, kenaikan itu bukan lagi disebabkan harga bahan binaan dan kos buruh semata-mata, tetapi atas dasar permintaan yang tinggi.

2 October 2013

JomCuti: Ho Chi Minh City


Salam. Hujung bulan September lepas saya berkesempatan pergi bercuti ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam....atau lebih tepat, pergi ke Ben Thanh, District 1.

Beli tiket kapal terbang Air Asia..harga tak murah dan tak pulak mahal...in total kena RM320 pergi balik...dapat penerbangan tengah hari. Tempoh duduk dalam kapal terbang dalam 1 setengah jam dari mula berlepas hingga mendarat di airport kat Vietnam.

Airport ke Ben Thanh

Dah sampai airport, saya memilih bas untuk ke Ben Thanh (keluar je dari pintu airport belok kanan...bersetentang dengan Burger King, cari bas nombor 152 seperti gambar di bawah).

Bas Nombor 152 (Airport ke Ben Thanh)

Tiket bas VND5,000 (lebih kurang RM0.85). Kalau bawak beg besar, kena caj tambahan VND5,000. Untuk teksi, tambang dari airport ke Ben Thanh ialah dari VND120,000-150,00 (RM20-25). Tempoh perjalanan lebih kurang 1/2 jam (bergantung kepada trafik lalu lintas)

Tip 1: Untuk naik bas, sediakan duit kecil...tapi kalau bayar duit besar pun, driver bas masih pulangkan baki wang.
Tip 2: Kalau naik teksi, sila cari teksi yang menggunakan meter. Digalakkan guna teksi Vinasun (macam dalam gambar di bawah)
 

Teksi Vinasun


Hotel @ Ben Thanh
 
Saya menginap di Hotel City...terletak lebih kurang 100 meter dari Ben Thanh Market dan Night Market yang terkenal tu. 

Tempah bilik hotel melalui Agoda.Com...dapat harga bersih RM65 semalam. Saiz bilik kecil sikit...tapi selesa, bersih dan ada cukup ruang untuk solat. Dalam bilik siap ada tv lcd lagi...channel tv di Vietnam memang banyak...
 

Entrance masuk hotel..staff memang peramah dan manis-manis ;)


Ni pandangan dari depan hotel mengadap Ben Thanh Market (kat tengah tu)

 

Katil saiz Queen...bersih dan selesa


TV LCD letak kat atas untuk menjimat ruang




17 August 2013

Kondo Untuk Disewa DI Batu Caves (Kemasukan Segera)

Apartment Semarak Condo kat Taman Raintree, Batu Caves untuk disewa...boleh masuk mulai September 2013. Terletak berhampiran MRR2 dan Jalan Kuching.

Kelengkapan Rumah:
* Tingkat 13 (balkoni menghadap Kg Nakhoda/Selayang)
* 926 sft, 3R/2B
* 15-20 minit berjalan kaki ke stesen Komuter Batu Caves
*  Partly Furnished - lampu, kipas siling di ruang tamu dan setiap bilik, rail langsir, water heater untuk setiap bilik air
* Rumah dilengkapi grill untuk pintu utama dan tingkap
* Built-in kitchen cabinat
* 1 covered parking (berhampiran dengan lif bangunan)

Fasiliti Kondo:
* Parking dan Lift Access Card (boleh naik ke tingkat rumah sendiri sahaja)
* Kolam renang
* Taman Permainan kanak-kanak
* Gym
* Jakuzi dan Sauna
* Kafetaria, Laundry & Kedai Serbaneka

Sewa sebulan: RM1,200
Deposit: 2 bulan sewa + 1/2 bulan untuk api/air

Telefon:
Hisham 012-2233616

Pintu masuk & dapur (kitchen kabinet tengah buat)..

Dapur, yard, tandas & bilik tidur

4 unit lift disediakan

Blok kondo Semarak
Kolam renang kanak-kanak
Taman permainan kanak-kanak
Tadika

Kolam renang dan club house (sebelah kiri)
 
Kedai serbaneka dan laundry





Pandangan dari balkoni rumah






7 August 2013

Suasana Lumayan, BSP - Progress @ 27 Julai 2013

Total keseluruhan ada 4 blok...

2 blok yang mengadap taman tasik/HUKM naik lagi cepat berbanding 2 blok yang mengadap tasik kecik/KLCC.

2 blok baris kiri akan mengadap taman tasik Permaisuri/HUKM


2 blok yang masih rendah ni pulak mengadap tasik kecik/KLCC
 

view mengadap taman tasik Permaisuri/HUKM

view mengadap tasik kecik/KLCC
 
projek oleh developer danau lumayan yang baru siap dan dah bagi kunci sebelum bulan puasa lepas....Astana Lumayan Condominium
 

5 August 2013

Ragam Penyewa

Menguruskan penyewa rumah aku di Taman Desa ni memang suatu pengalaman yang menarik. Bayaran sewa rumah memang tak menjadi masalah...tapi jika terlewat, dia akan telefon aku segera dan meminta maaf. Itu perkara biasa...tapi yang luar biasa...kalau lewat dekat sebulan, dia siap offer akan bagi duit sewa lebih. Ada masanya sampai extra RM100 dari jumlah sewa bulanan.

Lagi satu, bayar bil api-air. Sebab terlampau sibuk dengan kerja agaknya...pernah beberapa kali mintak aku tolong dahulukan duit sendiri untuk bayar bil-bil tu. Mula-mula memang geram sebab dah jadi satu hal pulak nak kena keluar duit poket sendiri. Tapi bila bayar balik, penyewa ni akan bayar lebih jugak...contoh kalau jumlah bil api-air yang aku bayar tadi RM72...dia akan genapkan jadi RM80.

Memang pandai penyewa ni amik hati aku. Dan disebabkan inilah sekarang aku okay je kalau dia lewat bayar sewa rumah atau mintak tolong uruskan bayaran bil. Lagi pun bukan kena pergi kaunter pun...semua bayar bil ni aku buat melalui internet je.



21 July 2013

Jenis Pelabur Hartanah

Ramai pelabur hartanah membeli aset semata-mata untuk menjual semula. Mereka membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Mereka melabur untuk mendapat keuntungan modal (capital gain) hasil dari kenaikan nilai aset tadi. Untuk pelabur kategori ini dikenali sebagai flipper.

Kategori pelabur yang satu lagi ialah mereka yang membeli hartanah kemudian menyewakannya untuk satu jangka masa yang panjang, sebelum menjual semula atau mewariskan kepada generasi seterusnya. Pelabur jenis ini mendapat income dari - (i) pendapatan sewa; (ii) pelunasan pinjaman hartanah (pengurangan hutang pinjaman dengan bank hasil dari duit sewa); dan (iii) kenaikan nilai aset. 

Menjadi seorang flipper atau sebaliknya bergantung kepada strategi pelaburan seseorang, jenis dan harga hartanah, serta jenis permintaan dan keadaan persekitaran lokasi hartanah terbabit. 

5 July 2013

Projek Iqra': Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Sumber: Projek Iqra'



 
"Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah"

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (Al-Baqarah 2:261)

Projek Iqra' akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja atau menyumbang masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.


Jika 2012 sebanyak 2 buah rumah anak yatim terlibat dalam Shopping Raya, untuk 2013 sebanyak 4 buah rumah anak yatim dari 4 negeri telah dipilih:

1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana (Puchong, Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (Nilai, Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang (Sik, Kedah)



Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.

Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek Iqra' ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh berikut - (i) 20 Julai 2013 (Sik, Kedah) dan 27 Julai 2013 (KL, Selangor dan Negeri Sembilan)
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Projek Iqra', sila klik SINI.

1 July 2013

Panduan Beli Rumah Dari Pemaju - Part 1

Lepas survey projek-projek perumahan yang baru dilancarkan, akhirnya berjumpa dengan satu unit yang berkenan di hati. Tanya dengan isteri, tunang atau bakal tunang...dia setuju. Lokasi ok..dekat dengan rumah mak dan ofis. Rekabentuk ok..mengikut trend semasa. Harga pun ok...boleh digagah lagi bayaran bulanan.

Apa yang perlu dibuat sebelum meneruskan pembelian rumah?

1. Buat sedikit background check atas syarikat pemaju (developer). Kat mana projek lain yang dia dah buat dan apa statusnya...dah siap, siap tapi terlewat, masih tertangguh atau terbengkalai terus. Kalau ada rekod buruk...disaran lupakan je lah rumah ni.

2. Boraklah dengan jurujual tu hal-hal berkaitan seperti...berapa fasa/unit rumah dibina. Bila projek ni launch dan berapa unit ada untuk dijual (perlu sedikit risau kalau projek dah lama launch...tapi unit masih banyak belum dijual).

3. Tanya pasal pembiayaan untuk pembelian rumah...apa pakej yang diberi, contoh pemaju tanggung kos Sales & Purchase Agreement (SPA), pembeli tak perlu bayar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembinaan atau dipanggil Developer Interest-Bearing Scheme (DIBS), siapa panel bankers, diskaun yang ada (contoh untuk bumi), etc.

4. Pastikan status pemilikan rumah sama ada freehold atau leasehold. Juga berapa keluasan rumah (built up area dan ruang tanah) sebenar.

5. Cuba pergi melawat ke tapak projek sebenar. Tengok keadaan sekeliling..tanah dia berpaya ke, berbukit ke, sebelah sungai ke, bekas lombong ke, lembah yang senang banjir ke, etc.

6. Dah puashati, boleh lah buat tempahan. Kebiasaannya, booking fee yang dikenakan antara RM500 ke RM1,000. Ada juga pemaju yang mengenakan RM3,000 sebagai deposit.

Selesai sudah buat tempahan rumah yang dibeli. Lepas ni langkah untuk sain SPA, apply housing loan dan withdraw duit KWSP (untuk pembelian rumah pertama).




28 June 2013

Maybank Treats Fair 2013

Bila dah berjaya kumpul mata ganjaran kad kredit tadi, saya akan tebus (redeem) dengan barang/voucher yang saya rasa tak akan beli kalau guna duit poket sendiri. Maksudnya, benda tu adalah barangan kehendak.....bukan keperluan. Contohnya, telefon rumah cordless, GPS (boleh jadi barang keperluan kepada sesetengah pihak), microwave, dan lain-lain.


Biasanya, mata ganjaran boleh ditebus secara online di website atau dengan walk-in ke outlet yang dilantik oleh pihak bank (contohnya Seng Heng).

Untuk pengguna kad kredit Maybank, mereka menyediakan satu lagi cara untuk menebus mata ganjaran tadi, iaitu melalui Maybank Treats Fair (yang kebiasaanya akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre). Untuk maklumat lanjut, klik sini.



Treats Fair yang akan datang bermula dari 4-7 Julai 2013. Selain dari kemudahan menebus mata ganjaran (kadangkala pada jumlah mata yang lebih rendah dari di website), kat situ juga ada dibuka outlet untuk kita membeli barangan seperti alat elektrikal, aksesori rumah, pakej melancong, handphone, GPS dan lain-lain. Dah sudah semestinya, beli meggunakan kad kredit mereka (secara sekali bayar atau ansuran bulanan).

Untuk peringatan diri saya dan yang lain-lain, gunakan kemudahan kad kredit mengikut kemampuan dan keperluan. Kita sebagai pengguna sepatutnya memanipulasi kemudahan kad kredit sebijak mungkin dan membawa keuntungan kepada kita....bukan dimanipulasi sehingga kita terikat dengan hutang keliling pinggang!

18 June 2013

Bayar tunai atau kad kredit

Sebagai pembeli, andai kata diberi pilihan sama ada hendak membayar secara tunai atau guna kad kredit...saya mesti pilih bayar guna kad kredit, tetapi dengan beberapa syarat:

Amaun yang perlu dibayar adalah sama (kebiasaanya kalau bayar guna kad kredit untuk beli komputer atau aksesori kereta kena caj lebih 1-3% oleh sipenjual)

Dan syarat paling utama, kita mesti berdisiplin bila tiba waktu nak bayar balik hutang kad kredit. Jangan sesekali tangguh bayaran...kononnya nak simpan duit tu nak bagi dapat dividen atau rolling beli benda lain. Nanti duit habis entah ke mana..hutang pulak tak berbayar.

Apa pulak kelebihan bayar guna kad kredit?

Sebab utama, boleh kutip mata ganjaran (treatpoint) untuk setiap RM yang kita belanjakan. Selagi boleh, semua bil-bil telefon, api, air, cukai pintu, IWK, broadband, tv berbayar, insuran nyawa & kenderaan, belanja runcit, etc saya akan caj ke kad kredit. Hatta, kalau lah bayaran ansuran kereta boleh guna kad kredit, memang saya buat...tapi setakat ni tak boleh.

Lagi baik kalau kita guna kad kredit yang mata ganjaran nya tak ada tempoh lupus (expiry). Boleh carry forward bertahun-tahun...dan bila dah cukup, tukar lah dengan barang yang kita tak tergamak nak beli guna duit sendiri :)

Sebab-sebab yang lain macam tak perlu bawak cash banyak-banyak gi kedai (hati tak lah risau duit tu tercicir atau terbagi kepada penyeluk saku), untuk rekod bagi menunjukkan yang kita adalah peminjam (masa swipe kad kredit) dan pembayar yang baik...so, sedikit sebanyak boleh diguna sebagai rujukan tambahan bila mohon pinjaman dari bank.

Kesimpulannya, kad kredit hanyalah satu mekanisme yang sekiranya digunakan dengan berhemah dan betul, boleh membawa banyak kebaikan kepada pengguna. Yang penting, berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.













3 June 2013

Merancang Percutian Keluarga

Untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, waktu cuti penggal/cuti umum sahajalah masa terluang yang ada untuk membawa mereka berjalan-jalan. Kalau nak bawa jalan masa hari biasa jugak, kenalah ponteng sekolah.

Bila dah musim cuti sekolah ni, semua tempat pelancongan akan sesak. Bilik-bilik hotel banyak yang penuh...kalau ada kosong pun sebab mahal, lokasi tak strategik atau keadaan hotel yang uzur. Harga bilik pula lebih mahal dari biasa...sebab peak period. Jalanraya pun sesak...lebih-lebih lagi bila guna lebuh raya utama mcm PLUS.


Gambar Hiasan

Jadi, kita perlu membuat sedikit perancangan awal sebelum memulakan percutian di musim cuti sekolah supaya ia berjalan lancar dan meninggalkan kenangan manis kepada semua:

1. Pilih Lokasi Yang Hendak Dilawati - Perkara utama yang harus ada, tempat percutian yang ingin dituju. Sama ada dalam atau luar negara, bercuti di bandar, pulau peranginan, percutian tepi pantai atau berkhemah di hutan, etc.

2. Buat Budget - Bila dah tahu tempat dituju, senang sikit nak buat budget. Senaraikan jenis perbelanjaan yang diperlukan, seperti kos pengangkutan (duit minyak dan tol kalau drive sendiri, tiket kapal terbang, feri, kereta sewa, etc), kos penginapan (hotel yang berbintang, budget hotel, asrama atau homestay), kos makan & minum sepanjang percutian, tiket bayaran masuk (jika melawat tempat seperti zoo, taman tema air, akuarium, etc), cenderahati dan sourvenir untuk diri sendiri dan bagi orang, dan tak lupa, sedia kan sikit budget untuk kontigensi atau kecemasan.  

4. Buat Tempahan Awal Untuk Penginapan/Pengangkutan - Ini antara bahagian yang paling penting dalam merancang percutian. Buat tempahan awal untuk mengelak dari kehabisan bilik dan terpaksa memilih hotel yang lebih mahal atau hotel yang memang tak ramai pelancong nak duduk oleh pelbagai sebab. Secara peribadi, saya selalu membuat tempahan melalui internet, sama ada terus ke website hotel atau portal yang menyediakan tempahan hotel online seperti agoda.com, booking.com, etc. Selain dari harga bilik yang lebih rendah, mereka juga memberi mata ganjaran boleh ditebus untuk tempahan seterusnya. Tempahan awal juga perlu untuk pengangkutan. Sebagai contoh, jika menaiki kapal terbang, kita akan mendapat harga tiket lebih murah bila membuat pembelian awal. Tetapi ingat, kos akan bertambah apabila terpaksa membeli tiket penerbangan lain jika tarikh percutian ditukar atas sebab yang tak dapat dielak kan.

5. Buat Ringkasan Aktiviti Dan Masa - Sebagai panduan agar masa bercuti nanti, kita dah tahu bila dan apa aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tak, ada kemungkinan besar lepas checkin bilik, tak tahu nak buat apa sampai ke lewat petang. Merancang juga membolehkan kita membuat keutamaan aktiviti mengikut kesesuaian masa..supaya kita dapat melawat tempat-tempat yang paling menarik dalam masa yang terhad.

6. Semakan Akhir Sebelum Bercuti - Bila semua dah di atur, beberapa hari sebelum pergi bercuti buat lah semakan terakhir. Kalau booking hotel melalui internet, pastikan slip dan nombor tempahan dibawa bersama. Begitu juga barang-barang keperluan sendiri dan anak-anak yang perlu dibawa bersama. Yang penting, jangan tertinggal barangan penting sehingga boleh menjejaskan keseronokan percutian yang dirancang. Kalau ke luar negara, pastikan passport dibawa bersama...jangan dah sampai airport baru perasan passport tertinggal dalam laci!

7. Jom Cuti! - Hari yang ditunggu telah tiba. Anak-anak rasa seronok nak berjalan..mak ayah pulak sibuk memastikan semua alatan eletrik dan suis telah dipadam dan pintu pula dikunci. Untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan keperluan mereka mencukupi dan berada dalam keadaan selesa. Utamakan keselamatan mereka!

Jika memandu, berhenti sekejap untuk berehat dan menyegarkan semula diri sebelum meneruskan perjalanan. Jika ada apa-apa halangan, atasi nya dengan hati yang terbuka. Yang penting, percutian ini seharusnya ditempuhi dengan penuh keseronokan.
















.

30 May 2013

Lapangkan Masa

Untuk renungan bersama...


Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman (yang bermaksud):

"Lapangkanlah dirimu (masa) untuk beribadat kepadaKu, nescaya aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak berbuat, maka aku akan penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu."
 
(Riwayat Termidzi dan Baihaqi)

28 May 2013

ASB vs Tabung Haji

Seperti yang kita semua maklum, dividen dan bonus ASB adalah belum dikenakan zakat simpanan, i.e. 2.5% setahun. Manakala dividen dan bonus TH pula telah ditolak zakat sebelum diagihkan kepada penyimpan/pelabur.

Mari kita buat perbandingan ringkas di antara pulangan pelaburan dalam ASB dan simpanan di Tabung Haji (TH) bagi tempoh 10 tahun yang lepas (2003-2012).

Untuk memastikan hasil perbandingan yang lebih adil dan menyeluruh kepada semua kategori penyimpan/pelabur (sama ada pelabur/penyimpan jangka pendek atau panjang), kita buat 2 jenis perbandingan - (1) Pendapatan Dividen Sahaja; dan (2) Pendapatan Dividen + Bonus 

# Dividen dikira berdasarkan baki simpanan terendah setiap bulan untuk tempoh 12 bulan manakala Bonus dikira berdasarkan baki simpanan terendah setiap bulan untuk tempoh 10 tahun.


Perbandingan 1: Pendapatan Dividen Sahaja









Perbandingan 2: Pendapatan Dividen + Bonus







Berdasarkan angka-angka di atas, kita semua boleh membuat rumusan jenis pelaburan mana yang lebih baik.

# TH juga menyediakan kemudahan penama sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada pelabur/penyimpan.

# Bila TH dah tolak siap-siap zakat simpanan ni, senang lah sikit. Bukan apa, kadang-kadang disebabkan kesibukan tugas boleh menyebabkan kita terlupa untuk membayar zakat simpanan.

13 May 2013

Zakat Pendapatan & Zakat Simpanan

Untuk kebaikan dan manfaat bersama...

Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama.


ZAKAT PENDAPATAN

Termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi.  Sebagai contoh - upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, elaun dan lain-lain pendapatan yang ber asaskan kerjaya.



Terdapat tiga kaedah mengira zakat pendapatan:
 
1. Pertama, dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan saudara terus dikeluarkan 2.5 peratus sebagai zakat. Kaedah ini dirasakan agak membebankan kerana ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang.
 
2. Kaedah kedua pula, boleh buat dahulu tolakan asas yang sudah ditetapkan, iaitu diri sendiri RM8,000; isteri RM3,000; anak-anak RM1,000 seorang; pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP; caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan caruman ke dalam mana-mana institusi yang mengeluarkan zakat kepada pencarum seperti takaful. Setelah itu baharu dikeluarkan zakat 2.5 peratus.
 
3. Kaedah ketiga ialah mengira jumlah sebenar perbelanjaan asasi, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan. Kaedah ini tidak digalakkan, justeru seseorang itu boleh jadi terlepas daripada menunaikan zakat pendapatan; walhal pada masa yang sama dia mampu menjalani hidup yang mewah, misalnya memiliki kereta besar dengan rumah yang besar.
 
Kaedah kedua adalah paling baik, ia tidak terlalu ringan dan tidak terlalu membebankan sehingga menyebabkan seseorang itu terlepas dari menunaikan zakat pendapatan. Kaedah kedua inilah yang diamalkan di negara ini.


ZAKAT WANG SIMPANAN

Bila sesuatu simpanan itu dah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (e.g. untuk Selangor nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 85 gram atau perak 595 gram. Untuk tahun 2012, kadar nisab ini bersamaan RM13,000).

Jika ada 1 akaun simpanan - apabila telah genap setahun akaun simpanan tersebut dan melebihi paras nisab (selepas ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut), zakat akan dikira berdasarkan berdasarkan jumlah baki terendahnya.

Jika ada lebih dari 1 akaun simpanan tapi baki terendah dalam setiap akaun tidak melebihi nilai nisab - baki terendah setiap akaun perlu dicampurkan untuk mengira sama ada dikenakan zakat simpanan atau tidak.


12 May 2013

Desa Saujana Langat - Progress @ 5 May 2013


Gambar progress untuk projek Desa Saujana Langat, Batu 14 Hulu Langat.

Rumah teres 2 tingkat

Pandangan dari jalan utama

Hari Ahad pun bekerja..

Sekolah rendah dan masjid berhampiran...

kat sebelah kiri tu sekolah rendah...ni pandangan dari tapak projek

...depan sikit je dari sekolah tadi ada masjid jamek Batu 14

di seberang jalan taman Desa Saujana Langat ni tadi ada orang tengah buat site clearance…tapi tak tau untuk projek apa..






29 April 2013

Transfer Duit Dari Maybank Ke Tabung Haji (vice versa)

Maybank ada menyediakan kemudahan untuk masuk dan keluar duit ke akaun Tabung Haji melalui 2 cara – (1) maybank2u dan (2) mesin ATM.

Dalam post ni saya nak kongsi cara berurusan akaun Tabung Haji guna mesin ATM Maybank.  Sebelum tu, seseorang mestilah mempunyai:

·         Akaun simpanan dan kad ATM Maybank
·         Akaun dan buku simpanan Tabung Haji

Kemudian, kita mesti 'link' kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-cara nya adalah seperti berikut:

1.      Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masuk kan kad ATM dan password macam biasa

2.      Bila dah masuk menu utama, pilih sub-menu TABUNG HAJI (refer gambar bawah)



3.      Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (refer gambar bawah)



4.      Nanti keluar skrin yang mintak anda masuk kan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (refer gambar bawah)


5.      Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank....termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.

16 January 2013

Selayang Height 1 Avenue

Kondominium Selayang Height 1 Avenue terletak di jalan utama dari Selayang menghala Templer Park/Rawang. Bermpiran dengan Aman Siara dan projek ini dibangunkan oleh B&G Greenery Property Sdn Bhd.

Masih soft launch, so belum ada sales gallery. Serba sedikit maklumat berkaitan Selayang Height 1 Avenue:

- Harga selepas diskaun bermula dari RM377,000
- Setiap level beza RM3,000 (kalau tak silap)
- Keseluruhan ada 2 blok. Jualan dibuka untuk blok A dulu...setiap blok ada 238 unit
- Berkeluasan 1,210 sqft dengan 3 bilik tidur + 3 bilik air
- Setakat ni tiada DIBS
- 2 covered parking lot
- Developer beri 4 aircond dengan setiap bilik dipasang wardrobe (dah masuk dalam harga jual ^^)
- Kitchen cabinet

Berhampiran Selayang Height 1 Avenue ni ada Kolej Komuniti Selayang, Selayang Mall, Syabas, Jabatan Peperiksaan, Mahkamah Majistret, etc.

Secara umum, harga boleh tahan tinggi, i.e. anggaran RM312/sft.

Selayang Height 1 Avenue
 
 
Pelan Utama
 
 
Lokasi: Jalan Utama Selayang ke Templer Park