22 November 2012

Apartment Semarak @ Taman Raintree Dah Siap

Alhamdulillah, kunci untuk apartment Semarak di Taman Raintree Batu Cave telah sedia untuk diambil.  Pihak pemaju berjaya menyiapkan projek tersebut sedikit awal, iaitu dalam tempoh 34 bulan dari tarikh S&P.
 
Notis of VP
Dengan pemberian rebate Bumi (7%) + ‘Early Bird’ (3%), jumlah duit yang dibayar untuk apartment yang dibeli pada 2010 (nilai belian pada masa tu sekitar RM177 psf) hanyalah RM1,000 untuk ‘booking fee’.  Manakala legal fee untuk S&P dan housing loan di tanggung oleh pihak pemaju dan bank. 

Setiap pembeli terawal juga mendapat voucher Courts bernilai RM2,000 di samping cabutan bertuah (untuk cabutan ni saya hanya dapat hadiah bernilai RM500…ada pembeli yang dapat sehingga RM5,000). 

Rupanya penulis buku ‘WTF? 23 Properties By 30’ yang juga pelabur hartanah yang semakin terkenal iaitu saudara Faizul Ridzuan turut serta membeli apartment di sini.  Tumpang bangga teman kejap…J


Dalam buku beliau ada sebut tentang pembelian apartment ni