Projek Iqra': Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Sumber: Projek Iqra'



 
"Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah"

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (Al-Baqarah 2:261)

Projek Iqra' akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja atau menyumbang masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.


Jika 2012 sebanyak 2 buah rumah anak yatim terlibat dalam Shopping Raya, untuk 2013 sebanyak 4 buah rumah anak yatim dari 4 negeri telah dipilih:

1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana (Puchong, Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak (Nilai, Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang (Sik, Kedah)



Kesemua penghuni rumah akan dibawa merasai kemeriahan membeli-belah sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar manakala Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana akan membeli-belah di Mydin USJ.

Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek Iqra' ini:
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh berikut - (i) 20 Julai 2013 (Sik, Kedah) dan 27 Julai 2013 (KL, Selangor dan Negeri Sembilan)
3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Projek Iqra', sila klik SINI.

No comments:

Post a Comment