Panduan Beli Rumah Dari Pemaju - Part 1

Lepas survey projek-projek perumahan yang baru dilancarkan, akhirnya berjumpa dengan satu unit yang berkenan di hati. Tanya dengan isteri, tunang atau bakal tunang...dia setuju. Lokasi ok..dekat dengan rumah mak dan ofis. Rekabentuk ok..mengikut trend semasa. Harga pun ok...boleh digagah lagi bayaran bulanan.

Apa yang perlu dibuat sebelum meneruskan pembelian rumah?

1. Buat sedikit background check atas syarikat pemaju (developer). Kat mana projek lain yang dia dah buat dan apa statusnya...dah siap, siap tapi terlewat, masih tertangguh atau terbengkalai terus. Kalau ada rekod buruk...disaran lupakan je lah rumah ni.

2. Boraklah dengan jurujual tu hal-hal berkaitan seperti...berapa fasa/unit rumah dibina. Bila projek ni launch dan berapa unit ada untuk dijual (perlu sedikit risau kalau projek dah lama launch...tapi unit masih banyak belum dijual).

3. Tanya pasal pembiayaan untuk pembelian rumah...apa pakej yang diberi, contoh pemaju tanggung kos Sales & Purchase Agreement (SPA), pembeli tak perlu bayar faedah pinjaman sepanjang tempoh pembinaan atau dipanggil Developer Interest-Bearing Scheme (DIBS), siapa panel bankers, diskaun yang ada (contoh untuk bumi), etc.

4. Pastikan status pemilikan rumah sama ada freehold atau leasehold. Juga berapa keluasan rumah (built up area dan ruang tanah) sebenar.

5. Cuba pergi melawat ke tapak projek sebenar. Tengok keadaan sekeliling..tanah dia berpaya ke, berbukit ke, sebelah sungai ke, bekas lombong ke, lembah yang senang banjir ke, etc.

6. Dah puashati, boleh lah buat tempahan. Kebiasaannya, booking fee yang dikenakan antara RM500 ke RM1,000. Ada juga pemaju yang mengenakan RM3,000 sebagai deposit.

Selesai sudah buat tempahan rumah yang dibeli. Lepas ni langkah untuk sain SPA, apply housing loan dan withdraw duit KWSP (untuk pembelian rumah pertama).




3 comments: