Bayar tunai atau kad kredit

Sebagai pembeli, andai kata diberi pilihan sama ada hendak membayar secara tunai atau guna kad kredit...saya mesti pilih bayar guna kad kredit, tetapi dengan beberapa syarat:

Amaun yang perlu dibayar adalah sama (kebiasaanya kalau bayar guna kad kredit untuk beli komputer atau aksesori kereta kena caj lebih 1-3% oleh sipenjual)

Dan syarat paling utama, kita mesti berdisiplin bila tiba waktu nak bayar balik hutang kad kredit. Jangan sesekali tangguh bayaran...kononnya nak simpan duit tu nak bagi dapat dividen atau rolling beli benda lain. Nanti duit habis entah ke mana..hutang pulak tak berbayar.

Apa pulak kelebihan bayar guna kad kredit?

Sebab utama, boleh kutip mata ganjaran (treatpoint) untuk setiap RM yang kita belanjakan. Selagi boleh, semua bil-bil telefon, api, air, cukai pintu, IWK, broadband, tv berbayar, insuran nyawa & kenderaan, belanja runcit, etc saya akan caj ke kad kredit. Hatta, kalau lah bayaran ansuran kereta boleh guna kad kredit, memang saya buat...tapi setakat ni tak boleh.

Lagi baik kalau kita guna kad kredit yang mata ganjaran nya tak ada tempoh lupus (expiry). Boleh carry forward bertahun-tahun...dan bila dah cukup, tukar lah dengan barang yang kita tak tergamak nak beli guna duit sendiri :)

Sebab-sebab yang lain macam tak perlu bawak cash banyak-banyak gi kedai (hati tak lah risau duit tu tercicir atau terbagi kepada penyeluk saku), untuk rekod bagi menunjukkan yang kita adalah peminjam (masa swipe kad kredit) dan pembayar yang baik...so, sedikit sebanyak boleh diguna sebagai rujukan tambahan bila mohon pinjaman dari bank.

Kesimpulannya, kad kredit hanyalah satu mekanisme yang sekiranya digunakan dengan berhemah dan betul, boleh membawa banyak kebaikan kepada pengguna. Yang penting, berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.













2 comments:

  1. Ya, berbelanja dengan kad kredit lebih mudah dan simpel

    ReplyDelete
  2. Satu point yang bagus, aku akan guna tips ni lepas dah settle semua outstanding amount

    ReplyDelete