Merancang Percutian Keluarga

Untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, waktu cuti penggal/cuti umum sahajalah masa terluang yang ada untuk membawa mereka berjalan-jalan. Kalau nak bawa jalan masa hari biasa jugak, kenalah ponteng sekolah.

Bila dah musim cuti sekolah ni, semua tempat pelancongan akan sesak. Bilik-bilik hotel banyak yang penuh...kalau ada kosong pun sebab mahal, lokasi tak strategik atau keadaan hotel yang uzur. Harga bilik pula lebih mahal dari biasa...sebab peak period. Jalanraya pun sesak...lebih-lebih lagi bila guna lebuh raya utama mcm PLUS.


Gambar Hiasan

Jadi, kita perlu membuat sedikit perancangan awal sebelum memulakan percutian di musim cuti sekolah supaya ia berjalan lancar dan meninggalkan kenangan manis kepada semua:

1. Pilih Lokasi Yang Hendak Dilawati - Perkara utama yang harus ada, tempat percutian yang ingin dituju. Sama ada dalam atau luar negara, bercuti di bandar, pulau peranginan, percutian tepi pantai atau berkhemah di hutan, etc.

2. Buat Budget - Bila dah tahu tempat dituju, senang sikit nak buat budget. Senaraikan jenis perbelanjaan yang diperlukan, seperti kos pengangkutan (duit minyak dan tol kalau drive sendiri, tiket kapal terbang, feri, kereta sewa, etc), kos penginapan (hotel yang berbintang, budget hotel, asrama atau homestay), kos makan & minum sepanjang percutian, tiket bayaran masuk (jika melawat tempat seperti zoo, taman tema air, akuarium, etc), cenderahati dan sourvenir untuk diri sendiri dan bagi orang, dan tak lupa, sedia kan sikit budget untuk kontigensi atau kecemasan.  

4. Buat Tempahan Awal Untuk Penginapan/Pengangkutan - Ini antara bahagian yang paling penting dalam merancang percutian. Buat tempahan awal untuk mengelak dari kehabisan bilik dan terpaksa memilih hotel yang lebih mahal atau hotel yang memang tak ramai pelancong nak duduk oleh pelbagai sebab. Secara peribadi, saya selalu membuat tempahan melalui internet, sama ada terus ke website hotel atau portal yang menyediakan tempahan hotel online seperti agoda.com, booking.com, etc. Selain dari harga bilik yang lebih rendah, mereka juga memberi mata ganjaran boleh ditebus untuk tempahan seterusnya. Tempahan awal juga perlu untuk pengangkutan. Sebagai contoh, jika menaiki kapal terbang, kita akan mendapat harga tiket lebih murah bila membuat pembelian awal. Tetapi ingat, kos akan bertambah apabila terpaksa membeli tiket penerbangan lain jika tarikh percutian ditukar atas sebab yang tak dapat dielak kan.

5. Buat Ringkasan Aktiviti Dan Masa - Sebagai panduan agar masa bercuti nanti, kita dah tahu bila dan apa aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tak, ada kemungkinan besar lepas checkin bilik, tak tahu nak buat apa sampai ke lewat petang. Merancang juga membolehkan kita membuat keutamaan aktiviti mengikut kesesuaian masa..supaya kita dapat melawat tempat-tempat yang paling menarik dalam masa yang terhad.

6. Semakan Akhir Sebelum Bercuti - Bila semua dah di atur, beberapa hari sebelum pergi bercuti buat lah semakan terakhir. Kalau booking hotel melalui internet, pastikan slip dan nombor tempahan dibawa bersama. Begitu juga barang-barang keperluan sendiri dan anak-anak yang perlu dibawa bersama. Yang penting, jangan tertinggal barangan penting sehingga boleh menjejaskan keseronokan percutian yang dirancang. Kalau ke luar negara, pastikan passport dibawa bersama...jangan dah sampai airport baru perasan passport tertinggal dalam laci!

7. Jom Cuti! - Hari yang ditunggu telah tiba. Anak-anak rasa seronok nak berjalan..mak ayah pulak sibuk memastikan semua alatan eletrik dan suis telah dipadam dan pintu pula dikunci. Untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan keperluan mereka mencukupi dan berada dalam keadaan selesa. Utamakan keselamatan mereka!

Jika memandu, berhenti sekejap untuk berehat dan menyegarkan semula diri sebelum meneruskan perjalanan. Jika ada apa-apa halangan, atasi nya dengan hati yang terbuka. Yang penting, percutian ini seharusnya ditempuhi dengan penuh keseronokan.
















.

No comments:

Post a Comment