1 October 2012

Nasib Tuan Rumah...

Kebelakangan ni rasa macam penyewa-penyewa rumah aku ni berpakat sesama dia orang. Hampir 4 tahun menyewa jarang lewat bayar, hatta kalau lambat sehari pun sanggup talipon mintak tangguh, tapi sekarang dah mula tunjuk perangai. Bila masuk je awal bulan mula mintak tangguh sampai 2 minggu....janji tu memang ditepati la...cuma cashflow aku la tak bagus.


Yang satu ni lagi pulak...uncontactable dekat 2 bulan...call banyak kali masuk voice mail...lepas aku tinggalkan notis keluar rumah kat pintu, baru aku dapat tau yang penyewa aku ni balik kampung seberang untuk cuti raya. Masalahnya, kalau dah tau nak cuti lama, bayar la siap-siap 2 bulan...atau sekurang-kurangnya beritahu aku yang sewa bulan seterusnya lambat sikit. Sebab dah lama menyewa dengan aku, benda-benda macam ni boleh sikit-lebih-kurang...janji kena beritahu la...

Kalau nak dibandingkan, kadar sewa yang aku bagi ni agak rendah dari orang lain selain dari keadaan rumah yang lebih baik. Sebagai contoh, satu rumah ni jenis end-lot (rumah kos biasa)...tapi sewa yang aku bagi lagi murah dari jenis intermediate...beza dalam 15%-20% gitu

Bila penyewa puashati dapat rumah yang baik dengan sewa berpatutan, secara tak langsung dia terasa berat nak pindah ke tempat lain (kecuali keadaan memaksa macam kena pindah tempat kerja ke atau bini ajak pindah kampung)...maka aku dapat la penyewa jenis jangka panjang. Pada pihak aku pulak, selagi lepas bayar hutang bank dan dapat duit poket sikit..itu pun dah cukup...kira win-win situation.

Tapi bila mula lambat terima duit sewa...pendapat aku mula bergoyang dan melentok-lentok. Aku mula bertanya kewajaran memberi kadar sewa macam tu...gara-gara lambat dapat duit sewa.

Mungkin dah sampai masa untuk aku membuat ‘perlarasan’ kadar sewa rumah (...frasa yang popular digunakan kalau nak naik kan harga barang). Selain bakal menambah aliran tunai masuk, tindakan aku ini patut dianggap isyarat yang tuan rumah sudah bersedia untuk mencari penyewa baru andai kata mereka tidak bersetuju dengan kadar sewa baru.

Nasib baik belum terhantuk...sempat lagi la nak mengadah.

3 comments:

  1. monitor dulu, kalau one time jer ok laa, kalau dah melarat, kene la psycho la ungkit balik yg rate dah rendah , kalau abaikan gak nak cari tenant lain.

    p/s; kalau nak org rajin komen, tolong off kan verification code tu

    ReplyDelete
  2. tqvm Mat Joe,

    dah tukar setting tapi tak tahu betul ke tak...kalau ada lagi verification code tu harap highlight balik ye

    ReplyDelete
  3. testing 1 2 3...ok

    ReplyDelete