Laporan penganalisa ekonomi menunjukan kadar pertumbuhan
pinjaman setakat Ogos 2012 adalah perlahan jika dibandingkan dengan tempoh yang
sama tahun lepas. Maknanya, walaupun ada
pertambahan dari segi jumlah pinjaman/peminjam, tetapi kadar peratusannya lebih
rendah jika dibandingkan tahun ke tahun (year-on-year basis).
Jumlah pinjaman sektor hartanah (residential dan non-residential) semakin menguncup |
Selain dari garis panduan yang diperkenalkan oleh Bank Negara
Malaysia sedikit masa dahulu (seperti margin pinjaman hanya 70% untuk pembelian rumah
lebih dari 2 dan kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bersih)....kenaikan Cukai
Keuntungan Hartanah (CKHT)/ Real Property Gains Tax (RPGT) kepada 15% (jual hartanah yang dibeli kurang dari 2 tahun) dan 10% (tempoh 2 hingga 5 tahun) yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013 lepas akan menyukarkan lagi keadaan sedia ada, khususnya
untuk pembelian hartanah bagi tujuan pelaburan jangka pendek.
Cermat masa banyak...jimat masa sikit.
Cermat masa banyak...jimat masa sikit.
No comments:
Post a Comment