Secara umumnya, antara ciri-ciri utama yang perlu
dipertimbangkan masa nak pilih pakej loan dari bank mana ialah seperti – (i)
kadar faedah pinjaman (loan interest rate); (ii) tempoh pinjaman (loan tenure);
(iii) loan margin (kalau rumah ke-3 ke atas hanya layak dapat loan 70% dari
harga belian, so buyer tak banyak pilihan); (iv) lock in period (islamic loan
dah tak dikenakan penalti kalau buat early settlement); dan (v) tawaran lain
seperti tiada caj guaman dikenakan (zero entry cost), etc.
Sebagai perbandingan, aku nyatakan 3 bankers yang offer Islamic
housing loan masing-masing:
Bank “I”
*
BLR-2.1% = 4.5%
*
Loan tenure: up to 65 years old
*
ZEC (tak payah bayar caj guaman)
*
Payment Holiday (setiap tahun tak perlu bayar selama 2 bulan. Kalau bayar
jugak, consider advance payment dah boleh request kat bank untuk tolak
principal kalau accmulated lebih dari 6 bulan)
*
MRTT (berpatutan untuk sepanjang loan tenure)
Bank “A”
*
BLR-2.2% = 4.4%
*
Loan tenure up to 75 years old
*
MRTT (untuk whole loan tenure -biasa)
Bank “M”
*
BLR-2.3% (officer in charge kata boleh appeal untuk BLR-2.4%)
*
Loan tenure up to 70 years old
*
MRTT (untuk whole loan tenure-mahal...tapi boleh apply coverage 5-years dan 20%
dari loan amount)
Selepas dicongak-congaak (sampai LO pun expired)...aku pilih
Bank “I” untuk buat housing loan kali ni. Kalau ikutkan strategi pelaburan
untuk property ni iaitu untuk pegangan jangka panjang dan untuk
disewakan...bankers“A” dan “M” sepatutnya menjadi pilihan (bayaran ansuran
bulanan rendah sebab tempoh pinjaman semakin panjang)...tetapi ini adalah
‘opportunity cost’ yang aku sanggup tanggung.
Ini kerana, dengan aliran tunai semasa yang terhad (sebab kena
peruntukan cash downpayment sebanyak 30%), aku terpaksa memilih banker yang
mengenakan caj-caj/bayaran seminimum mungkin...dan yang bertuah untuk kali ini
ialah bank “I” (offer ZEC dan MRTT berpatutan).
Lain padang lain belalang...lain orang lain keutamaan...lain
keadaan lain cara penyelesaiannya
No comments:
Post a Comment