Desa Saujana, Hulu Langat (Part 1)

Ini projek perumahan jenis bercampur ..ada teres 2 tingkat dan semi-D. Papan tanda dan tapak projek dah lama siap...cuma developer kata belum proceed dengan construction sebab tunggu approval. Setakat ni maklumat yang ada ialah:

Nama Developer:      Dynafare Sdn Bhd (303305-U)
Lokasi Projek:            Sebelum naik bukit ampang (sebelah hulu langat...)
Jenis Rumah:              Teres 2 tingkat (20 x 65) dan Semi-D (35 x 90)
Jumlah Unit:               Keseluruhan 100 unit (takde info pecahan rumah)
Anggaran Harga:       Above RM300k
Status:                         Malay Reserve/Free Hold

Dari segi lokasi dan persekitaran, ada beberapa advantage dan disadvantage. My personal view, rumah di sini sesuai dibeli untuk tinggal sendiri...

Advantage:
  1. Sekolah rendah depan kawasan perumahan manakala jarak sekolah menengah kurang dari 1 km.
  2. Masjid Jamek Sultan Hisamudin hanya 500 meter (bulan puasa memang meriah...ada tazkirah setiap malam dari penceramah jemputan)
  3. Kemudahan pasaraya, pejabat pos, etc yang berhampiran...kalau nak carik bank kena turun bukit ampang...
Disadvantage:
  1. Lokasi sebelah perkuburan Cina..(tapi terhalang oleh bukit kecil). Kawasan sekeliling ada beberapa kawasan perumahan lain
  2. Jalan hulu langat (dari batu 9 ke 14 vice versa) ni selalu jem...kalau bulan Syawal lagi la teruk sebab ramai orang buat open house (jalan alternatif yang ada...ikut bukit ampang untuk ke KL/cheras atau jalan sungai tekali jika nak ke semenyih/kajang)
Setakat ni, track record Dynafare ni ialah projek di Taman Harmoni, Bandar Kajang...kalau nak tanya lebih detail, boleh call ofis dia orang 03-87243133. Kalau ada masa nanti, aku akan update gambar tapak projek dan model rumah.


10 comments:

  1. Kasik koordinate construction site pon ok gak. Leh ushar2, walaupun xde intent nk beli boleh rekemen sama kawan yg nak duduk rumah landed

    ReplyDelete
  2. Rumah ni sesuai for own stay..

    ReplyDelete
  3. called them every month to book, diorg keep saying launching will be on the end of december. yesterday my husband called lagi, diorg cakap launching next week. today kitorg pergi office dkt bdr teknologi kajang tu...dah banyak rumah kena book. they said today is the second day opened for booking. sekejap kata minggu depan, sekejap kata dah 2 hari bukak for booking. sabar jela. nasib baik dapat book sebiji. siapa yg berminat, baik pergi cepat. tadi pun ramai datang tengok. pasal kubur cina tu don't worry kitorg dah pergi tgk tapak....rasanya takde masalah sebab kawasan kubur tu kecil je dan terlindung. so rumah paling dkt dengan kubur pun x nampak kawasan kubur tu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Double storey rm390K...manakala Semi-D pula rm450K..
    Hari2 dok lalu lalang (coz laluan pergi balik kerja)...bila dgr harga begitu, rasenya tak termampu..mungkin terpaksa lupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut jugak bila developer call pasal harga tu...memang tak disangka sampai mcm tu sekali.

      ingatkan dalam range rm300k-rm330k utk teres 2 tingkat...

      Delete
  5. Assalam. Ade sape2 yg beli umah ni gune loan Maybank? Kawasan ni ade gangguan bekalan air x?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semalam dpt booked satu

    ReplyDelete
  7. kepada yg dah book tu...buleh story sikit ke camna ..full price, downpayment...etc.. tima kasih

    ReplyDelete