Sekadar
berkongsi beberapa statistik berkaitan dengan pengurusan kewangan. Walaupun angka-angka ini diperolehi dari
kajian beberapa tahun lepas, tapi masih boleh digunakan sebagai rujukan...
Menurut
satu kajian (Malay Mail, 14/10/2008),
semasa kegawatan ekonomi melanda Malaysia dalam tahun 2008, golongan belia (rasa-rasa
bawah 35 tahun kot) masih berbelanja RM 300 – RM 500 sebulan untuk hiburan dan
riadah
Akhbar
yang sama (Malay Mail, 15/6/2009) melaporkan:
- 50% pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis adalah di bawah umur 30 tahun
- 27% memberi alasan yang mereka hilang kawalan semasa menggunakan kad kredit (swipe sesuka hati tanpa fikir panjang) dan 22% disebabkan pengurusan kewangan yang lemah
Kajian
Citibank (The Star,
19/2/2009) pula menunjukkan:
- 37% responden agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka
- Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk 11 minggu sahaja
- Sejumlah 12% pula tidak menabung sama sekali
- Terdapat 66% responden tidak yakin simpanan persaraan mereka adalah mencukupi
- Hanya 22% mempunyai rancangan persaraan yang sistematik dan teratur
- Lebih 25% tidak pernah berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka
- Walaupun 86% responden mengatakan mereka membuat bajet, hanya 28% berjaya mematuhinya
Biar sikit-sikit...lama-lama membukit
No comments:
Post a Comment