Setiap orang mempunyai matlamat mereka sendiri dan
cara serta tindakan yang berlainan. Ada juga mereka yang berkongsi matlamat
yang sama, tetapi strategi dan pelan tindakan pula berlainan, bergantung kepada
faktor dan situasi sekeliling yang mempengaruhi.
Untuk kes aku, salah satu matlamat yang berhubung kait
dengan pelaburan hartanah adalah seperti berikut:
Matlamat:
Bebas dari belenggu kewangan yang membebankan atau financial freedom (tetapkan tempoh
seperti dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang)
Strategi 1:
Menambah sumber pendapatan dengan melabur dalam bidang
hartanah
(kita juga boleh
memilih instrument pelaburan lain seperti bursa saham, unit komoditi, unit
amanah, etc…dan ia perlu bersesuaian dengan pengetahuan, kadar pulangan yang
dikehendaki dan kadar risiko yang sanggup diambil)
Pelan Tindakan (Untuk Strategi 1)...iaitu tambah
sumber pendapatan dari pelaburan hartanah:
1. Beli dan jual rumah 2. Beli dan sewa rumah
3. Beli, sewa dan bila harga rumah meningkat baru jual
Dari
pelan-pelan tindakan inilah bermulanya penglibatan aku secara bidang terjun
dalam pelaburan hartanah.
No comments:
Post a Comment