Ingin berkongsi pengalaman...

Ucapan setinggi syukur kepada-Nya

Semoga posting pertama ini akan berterusan dan tidak hanya berhenti setakat di sini. Insyaallah. Tujuan utama blog ini adalah untuk aku berkongsi pengalaman yang dilalui dan sedikit sebanyak bertukar pandangan dengan mereka yang mempunyai minat dan kepentingan dalam bidang hartanah terutamanya untuk tujuan pelaburan.

Secara ringkas, aku pernah membeli dan menjual rumah pertama selepas beberapa tahun menyewakannya. Semua itu dilalui dengan ilmu yang sangat cetek dan berpegang kepada prinsip 'membujur lalu melintang patah'.

Walaupun tidak mengalami perkara yang tidak diingini sepanjang menguruskan rumah pertama tersebut, tetapi jauh di sudut hati mengatakan, ada banyak perkara yang boleh dilakukan dengan lebih efisyen dan ada perkara yang sepatutnya dielakkan.

Semoga sepanjang perjalanan blog ini dapat memberi manfaat dalam mempelajari ilmu yang akan lebih mematangkan tindakan kita dalam bidang hartanah ini.

Perkongsian ilmu ini tidak terhad kepada bakal atau para pelabur, tetapi juga kepada mereka yang ingin atau telah memiliki hartanah untuk kegunaan sendiri.

 

 

4 comments: