Memilih pakej housing loan yang sesuai

Baru selesai sign Letter Offer (LO) dengan sebuah bank tempatan untuk buat Islamic housing loan. Itu pun lepas branch officer tu tolong appeal balik sebab LO dah expired...aku terlupa pasal tarikh tamat sah laku LO sebab asyik survey dengan bankers lain.

Secara umumnya, antara ciri-ciri utama yang perlu dipertimbangkan masa nak pilih pakej loan dari bank mana ialah seperti – (i) kadar faedah pinjaman (loan interest rate); (ii) tempoh pinjaman (loan tenure); (iii) loan margin (kalau rumah ke-3 ke atas hanya layak dapat loan 70% dari harga belian, so buyer tak banyak pilihan); (iv) lock in period (islamic loan dah tak dikenakan penalti kalau buat early settlement); dan (v) tawaran lain seperti tiada caj guaman dikenakan (zero entry cost), etc.

Sebagai perbandingan, aku nyatakan 3 bankers yang offer Islamic housing loan masing-masing:

Bank “I”
* BLR-2.1% = 4.5%
* Loan tenure: up to 65 years old
* ZEC (tak payah bayar caj guaman)
* Payment Holiday (setiap tahun tak perlu bayar selama 2 bulan. Kalau bayar jugak, consider advance payment dah boleh request kat bank untuk tolak principal kalau accmulated lebih dari 6 bulan)
* MRTT (berpatutan untuk sepanjang loan tenure)
 
Bank “A”
* BLR-2.2% = 4.4%
* Loan tenure up to 75 years old
* MRTT (untuk whole loan tenure -biasa)
 
Bank “M”
* BLR-2.3% (officer in charge kata boleh appeal untuk BLR-2.4%)
* Loan tenure up to 70 years old
* MRTT (untuk whole loan tenure-mahal...tapi boleh apply coverage 5-years dan 20% dari loan amount)
 
Selepas dicongak-congaak (sampai LO pun expired)...aku pilih Bank “I” untuk buat housing loan kali ni. Kalau ikutkan strategi pelaburan untuk property ni iaitu untuk pegangan jangka panjang dan untuk disewakan...bankers“A” dan “M” sepatutnya menjadi pilihan (bayaran ansuran bulanan rendah sebab tempoh pinjaman semakin panjang)...tetapi ini adalah ‘opportunity cost’ yang aku sanggup tanggung.
 
Ini kerana, dengan aliran tunai semasa yang terhad (sebab kena peruntukan cash downpayment sebanyak 30%), aku terpaksa memilih banker yang mengenakan caj-caj/bayaran seminimum mungkin...dan yang bertuah untuk kali ini ialah bank “I” (offer ZEC dan MRTT berpatutan).
 
Lain padang lain belalang...lain orang lain keutamaan...lain keadaan lain cara penyelesaiannya