Secara peribadi, saya akan cuba sediakan maklumat/salinan dokumen berikut untuk memudahkan kerja bank officer yang akan memproses permohonan pinjaman perumahan nanti.
Ini hanya sebagai panduan dan iniatif sendiri, bukan semua dokumen mesti disediakan dan diberi kepada pihak bank:
1. Muka depan - ringkasan maklumat hartanah yang dibeli, eg nama pembeli (yang akan diletak dalam S&P), nama projek & pemaju, lokasi, harga beli dalam S&P, jumlah bulan pinjaman, masuk MRTA/MLTA dalam loan atau bayar cash, etc.
2. Salinan IC pembeli
3. Resit booking rumah/Offer to Purchase - beli subsale
4. Slip gaji (3 bulan)
5. Penyata bank (tunjuk gaji 3 bulan tadi masuk akaun)
6. Penyata EPF
7. Borang EA (tunjuk pendapatan tahunan) kalau kerja makan gaji
8. Borang BE dan resit bayaran cukai (optional) - tunjuk pendapatan boleh cukai dan cukai yang dibayar
9. Surat pengesahan kerja dari majikan (mintak dengan jabatan sumber manusia/HR Department)
10. Laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) - boleh print sendiri di kiosk Bank Negara (optional)
Jika komitmen hutang pembeli dah 'paras hidung', perlu tunjuk kat pihak bank apa sahaja aset dan pendapatan sampingan yang ada:
11. Penyata simpanan (selain penyata bank untuk masuk gaji), eg ASB, Tabung Haji, etc.
12. Penyata untuk jumlah saham di Bursa KL/Unit Trust yang dimiliki
13. Perjanjian sewa rumah (tenancy agreement) dan penyata bank - kalau ada pendapatan dari rumah sewa
Untuk memastikan pihak bank membuat pengiraan yang tepat ke atasa jumlah komitmen/hutang sedia ada, eg ansuran bulanan pinjaman kereta, rumah (lain) dan pinjaman peribadi, perlu bagi:
14. Loan offer letter - nak tunjuk berapa ansuran bulanan sebenar yang kita bayar. Kalau tak tunjuk dokumen ni, pihak bank akan buat anggaran bayaran ansuran bulanan - biasanya jumlah anggaran lagi tinggi dan mengakibatkan komitmen kita nampak banyak dari yang sepatutnya.
Nota: kalau rasa-rasa komitmen/hutang sedia ada masih rendah, maka tak ada keperluan untuk sediakan sebahagian dari dokumen di atas.
Tukar Hakmilik Strata Title
Sebelum hantar permohonan untuk tukar Hakmilik Induk (Master Title) kepada Hakmilik Strata (Strata Title) bagi rumah bertingkat e.g. apartment, kondominium, townhouse, etc, ke pejabat duti stem/pejabat tanah, pihak lawyer akan minta pemilik rumah untuk buat beberapa perkara dan sediakan dokumen:
1. Bayar bill lawyer/solicitor.
2. Bayar cukai tanah (quit rent) semasa - pemilik rumah kena dapatkan salinan resit dari management ofis yang membayar cukai tanah (untuk keseluruhan apartment).
3. Surat pengesahan dari management ofis mengatakan pemilik tidak mempunyai sebarang tunggakan, e.g. yuran penyelenggaraan, sinking fund, etc.
4. Clerance Letter dari financier - kalau loan rumah dah habis bayar.
5. Salinan Deed of Assignment (DOA) - dokumen ni menunjukan hak milik/geran apartment semasa hartanah tersebut masih lagi berstatus Hakmilik Induk (Master Title).
Nota: Kes tahun ni, item 1-4 dah ready untuk mohon Hakmilik Strata bagi apartment di Jalan Klang Lama. Tapi item 5, DOA tu masih tak dapat. Tanya financier, dia orang kata original dokumen masih belum dapat dari solicitor. Padahal urusan dan bayaran loan untuk apartment ni dah mula dari 2010. Adoi!
Subscribe to:
Posts (Atom)