Salam. Hujung bulan September lepas saya berkesempatan pergi bercuti ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam....atau lebih tepat, pergi ke Ben Thanh, District 1.
Beli tiket kapal terbang Air Asia..harga tak murah dan tak pulak mahal...in total kena RM320 pergi balik...dapat penerbangan tengah hari. Tempoh duduk dalam kapal terbang dalam 1 setengah jam dari mula berlepas hingga mendarat di airport kat Vietnam.
Airport ke Ben Thanh
Dah sampai airport, saya memilih bas untuk ke Ben Thanh (keluar je dari pintu airport belok kanan...bersetentang dengan Burger King, cari bas nombor 152 seperti gambar di bawah).
Bas Nombor 152 (Airport ke Ben Thanh) |
Tiket bas VND5,000 (lebih kurang RM0.85). Kalau bawak beg besar, kena caj tambahan VND5,000. Untuk teksi, tambang dari airport ke Ben Thanh ialah dari VND120,000-150,00 (RM20-25). Tempoh perjalanan lebih kurang 1/2 jam (bergantung kepada trafik lalu lintas)
Tip 1: Untuk naik bas, sediakan duit kecil...tapi kalau bayar duit besar pun, driver bas masih pulangkan baki wang.
Tip 2: Kalau naik teksi, sila cari teksi yang menggunakan meter. Digalakkan guna teksi Vinasun (macam dalam gambar di bawah)
Teksi Vinasun |
Hotel @ Ben Thanh
Saya menginap di Hotel City...terletak lebih kurang 100 meter dari Ben Thanh Market dan Night Market yang terkenal tu.
Tempah bilik hotel melalui Agoda.Com...dapat harga bersih RM65 semalam. Saiz bilik kecil sikit...tapi selesa, bersih dan ada cukup ruang untuk solat. Dalam bilik siap ada tv lcd lagi...channel tv di Vietnam memang banyak...
Entrance masuk hotel..staff memang peramah dan manis-manis ;) |
Ni pandangan dari depan hotel mengadap Ben Thanh Market (kat tengah tu) |
Katil saiz Queen...bersih dan selesa |
TV LCD letak kat atas untuk menjimat ruang |