Pengeluaran KWSP untuk membeli rumah

Pencarum KWSP boleh guna akaun 2 untuk biayai pembelian rumah. 

Tapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

1. Ada baki sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2

2. Buat pinjaman dari institusi yang dibenarkan oleh KWSP (cth bank, koperasi, etc.)

3. Tarikh perjanjian jual beli (SPA) rumah tak lebih dari 3 tahun dari tarikh permohonan ke KWSP

4. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran perumahan ATAU ahli telah buat pengeluaran untuk beli rumah pertama dan telah menjual atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
 
Case Study
 Ahmad (bukan nama sebenar) buat pengeluaran KWSP untuk rumah pertama (bagi tujuan pelaburan hartanah). Selepas beberapa tahun, Ahmad membuat pengeluaran KWSP sekali lagi untuk membayar habis baki pinjaman di bank. 

Ahmad juga memiliki rumah lain (juga untuk tujuan pelaburan) dan beliau turut bercadang untuk keluarkan wang dari KWSP bagi menyelesaikan baki pinjaman bank rumah ke-2 ini . Tapi Ahmad tak layak sebab dia telah membuat pengeluaran KWSP untuk rumah pertama. 

Ahmad tidak bercadang nak jual rumah pertama. Maka pilihan yang ada ialah dengan memindah hak milik rumah pertama tu kepada orang yang paling dipercayai (dan disayangi)...iaitu isteri beliau. Ini bagi melayakkan beliau mengeluarkan wang KWSP untuk rumah ke-2 ini.

Disebabkan rumah pertama dah habis hutang bank dan dah dapat geran, maka proses pindah milik agak mudah dan boleh dilakukan tanpa pihak lawyer. Dengan kata lain boleh jimat dalam RM1,+++ jika buat sendiri.

Nantikan posting berkaitan proses-proses yang terlibat untuk pindah milik rumah yang diuruskan sendiri oleh Ahmad dengan pihak Pejabat Tanah, LHDN, etc.


Nota: Untuk rumah ke-2, pencarum adalah dibenarkan untuk keluar duit di akaun 2 KWSP bagi tujuan bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah. Tapi tak dibenarkan keluar duit KWSP untuk tujuan bayar habis pinjaman.