Survey Rumah Lelong

Dari pagi sampai ke petang hari Sabtu lepas saya merayau tengok rumah untuk dilelong. Bermula dari Kajang --> Semenyih --> Nilai --> Ampang --> Rawang. Penat tapi berbaloi.

Fokus kali ini lebih ke rumah landed. Nak pegang sekejap (disewakan sekurang-kurangnya 5 tahun) lepas tu baru fikir sama ada nak terus sewa atau jual. 

Ada rumah yang masih didiami pemilik rumah (kalau keaadan macam ni saya tak akan masuk bid...tak sampai hati dan juga tak nak pening kepala dikemudian hari).

Ada rumah yang kosong..tapi tengah buat renovation (mungkin pemilik asal dah jual pada orang lain).

Ada rumah yang memang kosong dan dah lusuh. Kelihatan rumah dah lama ditinggalkan (kalau macam ni baru saya akan buat semakan dan pengiraan lanjut sama ada nak masuk bid atau tak).

Semoga usaha ini memberi hasil yang diharapkan. Insyaallah. 

Taman Wawasan - Hulu Langat

Taman Wawasan, satu lagi projek perumahan baru dan telah dibuka untuk tempahan. Terletak di bukit Ampang (kawasan Hulu Langat).

Tapak projek ni terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Desa Saujana yang pernah saya siarkan dalam blog ni pada tahun 2012 (sila klik sini).



Maklumat berkaitan:

* Taman Wawasan (Batu 14, Hulu Langat)
* Rumah teres 2 tingkat (30 unit sahaja)
* Saiz bermula dari 20 x 71.5 hingga 20 x 122 kaki
* Harga bermula dari RM475,000-RM750,000 (tak ada diskaun)
* Tarikh jangka siap: Oktober 2015
* Hakmilik kekal dan Rezab Melayu
* Kos Guaman ditanggung oleh Pembeli

Nama Pemaju: Cergas Puri Sdn Bhd
No. Telefon: 03-3344 9332, 016-348 8300, 012-232 7296

 
Lokasi Projek


 
Berdasarkan pelan unit pihak pemaju, setakat 13/04/14 hampir separuh daripada keseluruhan 30 unit telah habis ditempah.

Tapak projek @ 13/04/14





Selesai satu urusan

Selepas sain SPA hujung bulan October 2013, urusan jual apartment di Batu Caves akhirnya selesai. Dah dapat cek untuk baki bayaran pada awal bulan April 2014. Semua dalam tempoh kurang lebih 5 bulan.

Blok Semarak
 
Ambil gambar kunci sebelum serah kat agen

Bertuah buyer sebab dapat kitchen cabinet yang belum pernah digunakan. Agen yang berurusan dengan saya bagus...sekali mintak, terus tolak 1% dari sales komisen. Win-win situation. Lawyer juga sama, takde masalah dari segi kerja dan senang nak berhubung. Jika ada rezeki di masa hadapan, mungkin saya akan guna khidmat mereka lagi.

Sekarang..tengah fikir rancangan pelaburan seterusnya. Hartanah?..Kaunter saham/IPO?..simpan TH?..