Selesai satu urusan

Selepas sain SPA hujung bulan October 2013, urusan jual apartment di Batu Caves akhirnya selesai. Dah dapat cek untuk baki bayaran pada awal bulan April 2014. Semua dalam tempoh kurang lebih 5 bulan.

Blok Semarak
 
Ambil gambar kunci sebelum serah kat agen

Bertuah buyer sebab dapat kitchen cabinet yang belum pernah digunakan. Agen yang berurusan dengan saya bagus...sekali mintak, terus tolak 1% dari sales komisen. Win-win situation. Lawyer juga sama, takde masalah dari segi kerja dan senang nak berhubung. Jika ada rezeki di masa hadapan, mungkin saya akan guna khidmat mereka lagi.

Sekarang..tengah fikir rancangan pelaburan seterusnya. Hartanah?..Kaunter saham/IPO?..simpan TH?..


1 comment:

  1. Encik, boleh bagi contact no lawyer dan agent tu x? Saya nak cari agen utk sewa/beli unit amara. Thanks.

    ReplyDelete